fish bethaa!

bismillah.,

saya tak tahan ahh. saya tak tahan nak tggu 3 minggu untuk ceritakan fish bethaa saya! alaa lagipun fish bethaa saya dah besaw. boleh lah saya cerita! kekekekeke.

hari tu, saya pergi KLCC..then saya pergi petrosains..opps saya tak masuk dlm petrosains tapi saya pergi kedai petrosains yang kat sebelah tu. tak tahu kat mana? alaa tgkat atas sekali tepi petrosains ngan kinokuniya tuu..ha ingat dah? ok. bagus!

saya pergi situ.. then tgh jalan2 sekali saya ternampak anak ikan tu comelss gilaah! saya pun belilah satu untuk anak buah saya yang tercintaaa. > aqil. hehss.

saya pun tak saba nak bawak balik. nak masukkan dalam air. nak bagi makan..and macam2 lagilah. almaklumlah.selain kucing saya tak pernah bela haiwan2 serupa mcm ni. HOHO. *mukabangga*

ok sekarang saya akan tunjukkan fish bethaa kami (saya n aqil).



haa..masa ni SuperAcu ngan SuperAqil tgh semangat bagi fish bethaa minum. sampai air minum aqil pon dia boleh bagi. nampak tak ketulusan hati aqil nak bagi fish bethaa tu hidup? HAHA


saya tempatkan fish bethaa tu dalam tandas. sebab nanti tadelah lecak-lecak air die kan. rumah saya ni kecik je. tak mampu beli akuarium. jadi saya letak lah fish bethaa tu dalam tupperware. hehehe smart jugak kan?!


eksaited masa ni..sebab fish bethaa tu tak meronta-ronta.!


bila dia dah semakin besar, tak boleh nak buat apa..jadi saya letaklah dalam baldi. nasib baik baldi dekat dalam tandas tu memang berlambak. jadi tak effect apa2 lah kalau fishh bethaa duduk dalam salah satu baldi tersebut.



pagi tadi,masa saya nak masuk tandas tgk2 fish bethaa dah kat luar macam ni. tak duduk dalam baldi macam biasa. terkejut saya. hampir luluh hati saya tgk fish bethaa macam tercungap-cungap. saya dengan rasa perikemanusiaan masukkanlah air dalam baldi dan terus letak fish bethaa dalam baldi tersebut (ok yang kaler hijau tuh saya tipu)

sekarang pun fish bethaa mash dalam baldi. saya rasa dalam masa dua tiga hari nanti..tong sampah lah tempat dia pulak. nak buat macam mana kann. 

to fish bethaa..terima kasih kerana datang dalam hidup kami. terima kasih sebab usha aku nangis dalam tandas masa malam dpt result. terima kasih sebab tarik perhatian aqil kalau dia buat hal. terima kasih fish bethaa. kalau aku ade duit lagi..akan ku beli sedara mara kau yang lain dekat tempat aku beli kau. jgn risau ye fish bethaa! (haha padahal ade je lagi dalam tandas tu)

lots of love me,
maira ;D

gambar untuk hari ini..,


tadaaa~
SuperAcu mmpermainkan anak buah.cenggini lah gaya nya..haha 
*mati aku kalau mak aku tgk ni.kiahkiahkiah*

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam