macam mana kalau tak menangis.

bismillah.,

"menangislah jika itu mampu membuat hatimu lebih tenang... Kerana Allah kasih kepada kita,Allah telah ciptakan air mata yang berharga untuk kita ;)"

tapi macam mana kalau mata ni susah nak menangis. arghh rasa macam tersekat kat dalam sanubari. dapat rasa taak? alaa korg yg senang nangis tu lain cerita laa. ni saya bercakap dengan orang yang susah nangis. kan kan kan?! rasa tak?!

terima kasih sebab rasa. saya tahu anda memang cooliooo! nanti kalau jumpa saya belanja banana chocolate ice blended ea! hehehe. mahal tau yg small punye rm13. hmmm MUAHAHA

saya tahu! bagi yang susah nak menangis macam saya..contohlah ni contoh tau.tade kene mengena dengan saya. tiba-tiba awak teringat ex boyfie awak. banyak korg punye kenangan manis kau dan aku..duri ranjau dalam bercinta..lumrahh dunia..sayang menyayang..cinta dikenang..perasaan menjadi rinduu...ouhhh

ok ternyanyi pulak.HAHA ha lepas tu awak sedih. rasa nak nangis bila teringat semua tuh..tapi masalahnya awak tak boleh nangis. bukan sebab tak nak menangis tapi memang air mata sampai tubir je. lepas tu disedut balik. bukan disedut dengan diri sendiri. tapi mata tu yg sedut. tak sempat nak touching2 lagi. rasa macam grrrr >.< mencikkk ah cenggini! kan? kan ? kan?! rasa tak puas!

ha saya tahu camne nak ubat. cuba awak istighfar. tukarkan rindu awak dekat ex boyfie awak dengan rindu kepada Allah. dengan istighfar.. pergi ambil wudhu'. buat solat taubat. tenangkan hati baca surat-surat cinta dari ALLAH.

benda2 yang saya cakap ni bukan buat masa awak rndu ex boyfie je..awak boleh buat masa awak susah hati jugak. masa ermm contohnya awak kene marah dengan parents! haha ataupun kawan awak berkelakuan kejam dengan awak. ataupun apa-apa lah.

(haha sejak bila pulak lah aku panggil boyfie-boyfie ni. geli lah bro.HAHA)

lepas dah tenang tu jangan fikir apa dah. senyum. sila senyum sedalam dalamnya. makna senyum sedalam dalamnya ialah senyum dengan SEIKHLAS hati. biarlah org tepi awak nak cakap awak gila ke awak sewel ke. tak kesah. asalkan anda senyum!

lepas tu fikirkan yang baik2. jangan lepas senyum awak fikirkan balik masalah awak. memang tak menjadi lah. terapkan dalam diri yg semua terjadi ada hikmahnya. tade satu benda pon ALLAH jadikan tanpa hikmah. semua ada hikmah. terapkan tau. saya pon tengah berusaha ni.

akhir kata (ecehh karangan BM) kalau kita berusah tak mungkin ALLAH sia-sia kan . (bukan cakap pasal result.sebab masa SPM saya tak berusaha pon) berusaha untuk menjadi yang baik daripada hari lepas. berusaha untuk sentiasa bersangka baik. dan berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri. (aku cakap macam ustazah bahyah je) apa pon diharap pembaca tidak tertipu dengan penulisan saya.

saya ni bak indah khabar dari rupa. saya tulis benda baik tapi..hehehehehe tak kenal maka tak cintaaa!! kadang-kadang saya tak buat pun apa yang saya tulis. bagi pengajaran dekat orang tapi diri sendiri tak amik pengajaran itu. huhuhu. sabarlah. saya tengah berusaha lah ni.hehehehe (gelak lagi? -.-)

oklah. selamat malam sayang semua. saya sayang awak semua sebab ALLAH. comelkan kitee.. tahu dah! jangan terlalu mengstresskan diri yee. hidup mesti warna warni walaupun kulit muka anda bak coklat almond kuih hari raya ituuu! daaaa~

love yea!

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam