M.A.L.A.S

bismillah.,

seperti yang anda semua tahu, saya sangatlah malas untuk pergi ke majlis mahabbah Rasulullah yang bertempat di SMKAKL.

kami akan melakukan solat hajat beramai-ramai sempena kputusan SPM kami. (asal macam skema je?) sangatlah malas nak pergi ok!

walaupun saya telah mendapat tazkirah pendek daripada cik yenna yenna :


namun kemalsan nak pergi tu masih berada di tahap yang tinggi sekali. bukan sebab dia majlis agama..saya malas nak pergi. bukan2.. InsyaAllah. tapii sebab saya malas nak pergi. uwaaa. 

saya malas nak cari baju kurung. saya malas nak cari tudung yang sedondon. saya malas nak naik kereta. saya malas nak keluar. saya malas. 

antara sebab musabab yang lain adalah.. saya ni jenis yang lupa daratan sikit. muahahaha (gelak kuat) saya malas nak pergi ke sekolah lama saya. lama lah sangat. baru 3 bulan kau tinggalkan HAHA. seperti yang sedia maklum.. sekolah rendah saya pon, saya tak pernah jejak lagi sejak saya menghabiskan tahun terakhir pada 2006 yang lepas. 

jadi, memang saya ni jenis yang lupa daratan. saya bukan seorang yang..waahh sikit2 lawat skola lama..sikit2 jumpa cikgu lama.oh no no no. 

saya fobia sebab dulu masa saya sekolah rendah, saya melawat lah tadika saya, sekali kene halau ngan ckgu2 tadika dulu..pffft cikgu! saya tahu lah saya taiko! jgn lah halau2 saya. mencik ah cenggini!.

jd dengan rasa besar hatinya saya ingin memberitahu memang saya seorang yang lupa daratan. muahaha (gelak besar lagi) dulu masa awal tahun,kawan2 ade ajak pergi skola, serta merta saya yang berada di hadapan komputer ini membuat muka "errkk..pergi sekola??!! " (dapat bayangkan tak muka aku?)

saya rasa sebab saya dah duduk lama dekat rumah,jadi saya agak malas untuk keluar rumah dan berpakaian serba molek. boleh tak pergi ceramah tu pakai baju tidur? kan malam. alang-alang tuh bila habis ceramah balik rumah boleh terus tidur..boleh takk?!

tapi kali ni, saya berharap sangat saya dapat buang tabiat buruk saya iaitu lupa daratan itu. hahaha saya nak jumpa kawan2! saya nak dengar ceramah..saya nak buat solat hajat ramai2..(walaupun saya was2 tentang hari kesuburan saya) hehehehe. 

arghhh stresss! (gaya gary running man) tolonglah datang semangat tu. semangat nak balik kampung hari khamis dah datang dah. semangat nak pergi sekolah hari rabu tu macam krr krr sikit.

korg pernah tak rasa macam ape yg saya rasa? nak update belog ni pon saya malas. ni saya sedang update dengan mata yg terpejam ni. < ok itu tipu! 

semoga kalian mendoakan Encik Rajin datang dalam diri saya dalam masa terdekat ini. saya berharap sangat agar Encik Rajin menemui jalan ke rumah saya. pffft -.- ouhh untuk anda2 semua yang terbaca post ini dan bukan berasal dari sekolah saya, saya menjemput anda yang Rajin untuk datang ke majlis ini..hehe (cehh menjemput tau. tak boleh blaa!)

more info klik gambar ni.


sekian, terima kasih ;) 

love yea!

nak jugak pakai baju tidurrr!!!

Comments

  1. pakai jer naju tidur, asal ko dtg! nak giler jumpa ko..tpi ko mcm x nk jumpa aku jer..x pe lr..x yah dtg!

    ReplyDelete
  2. nyampah gile! HAHA -.-

    geletekk kang!

    ReplyDelete
  3. nice blog!
    come follow me. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam