bagaikan puteri.

bismillah.,

ok..sambil baca post ni sambil dengar lagu kat youtube ni eh. tekan play ok!. HAHA post kali ni cerita pasal diri aku! haha. poyo lah pulak! ok ok masuk mood cepat..anddddd action!




hidup aku bagaikan puteri. malah lebih lagi. daripada kecil lagi, aku tak pernah rasa kesusahan. aku tak pernah rasa kemiskinan. semuanya cukup. dan kadang2 terlebih. aku tak pernah rasa sedih. ouhh yg post hari tu. sedih untuk perkara yang sedih memang patut lah disedihkan. 

tapi..untuk perkara yang berat2, aku tak pernah rasa. aku tak pernah rasa kehilangan. aku tak pernah rasa pergaduhan family..semuanya bahagia di sisi aku.

aku dilahirkan di rumah. special kan? adik beradik aku yang lain semua dekat hospital. aku? mak bidan yang sambutkan ;) 

berhijrah ke kuala lumpur amat menguntungkan aku. kuala lumpur beb. ibu negeri MALAYSIA. aku kenal erti kehidupan. *sengih* hidup aku tak adalah special mana. sebab, semuanya happy. nak cakap pasal sedih. huh. macam tade je dalam kamus hidup aku buat masa sekarang. tak tahulah nanti.*kenyitkenyit*

pergolakan family di johor? HA.HA untungnya aku tak rasa semua tu. masalah kemurungan masalah sosial. semua aku tak hadapi. 

mempunyai kakak,abang2,adik2 lelaki,adik2 perempuan. seronok bagi aku! aku mempunyai segala-galanya. pelajaran pun..walaupun tak pandai sangat..namun aku tak ketinggalan kan? aku bukanlah seperti katak di bawah tempurung. masih tahu lagi perkembangan politik di malaysia ni.

oversea?  sekarang aku tahu kenapa ibu selalu bawa aku pergi tempat2 yg miskin. untuk sentiasa bersyukur. bersyukur kerana aku tak menjadi pengemis di tepi jalan. bersyukur kerana aku cukup makan. bersyukur kerana ALLAH kurniakan tubuh yang sihat tanpa cacat. dan bersyukur kerana aku ...bagaikan puteri ;) *gelak sikit*

puteri pun kadang-kadang kena fikirkan masalah rakyat. masalah kontroversi. sang puteri pun kadang-kadang rimas dengan segala bodyguard. tapi aku? aku tak perlu rimas apa-apa. aku tak perlu risau apa-apa. aku..lebih dari puteri.

aku bukanlah seorang yang kaya. yang ada duit berjuta-juta dalam akaun. ayah aku hanyalah seorang polis. ibu pula pegwai kerani. keciknya pekerjaan. tapi entah kenapa aku rasa, aku lagi mewah daripada orang kaya. mewah harta. mewah perasaan dan mewah segala-galanya.

ayah selalu anggap aku puteri. kadang-kadang,kalau aku duduk seorang dirumah, dia akan suruh budak2 dia hantar makanan dekat aku. punyalah bertuahnya aku. masak? nak pegang sudip pun ta reti. *sigh*

kawan-kawan?. mereka bukan sekadar kawan. merekalah sahabat. yang tak pernah bezakan aku dengan orang lain. yang tak mementingkan paras rupa untuk berkawan. yang tak memikirkan harta bila hendak berkawan. merekalah sahabat sejati!


kita jangan selalu pandang orang atas kita. cuba kita pandang orang bawah kita. barulah kita bersyukur dengan segala yang ada. walaupun tak sempurna mana hidup kita tapi hargai lah. cerita atas ni memang betul kisah hidup aku,tapi kadang kala hidup aku juga tak sempurna. hidup sapa je yang sempurna woii. HAHA yang penting anda semua hargai setiap detik.

jangan berasa cemburu dengan hidup orang lain, ketahuilah ada yg berasa cemburu dengan kehidupan anda. kerana setiap daripada kita mempunyai pelbagai kisah hidup. semuanya menarik! asam garam kehidupan kan. kadang2 kita di atas. kadang2 kita di bawah. sebab itu kita harus saling bercerita kan. agar hidup masing2 dipenuhi pengajaran dan teladan ;) 

bagi saya..hidup saya..

bagaikan puteri...

puteri bersama bodyguard2 nya!
*ouh mann asal aku comel sangat ha dlm gamba ni?* -.-

love yea! 

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam