indahnya ayat itu ;)

bismillah.,



1) Allah,tiada tuhan yg berhak di sembah melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus menguruskan makhlukNYA.

2) Tidak mengantuk dan tidak pula tidur.

3) Kepunyaannya apa yang di langit dan di bumi.

4) Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinnya. 

5) Allah mengetahui apa-apa yang berada di hadapan dan di belakang mereka, 

6) Dan mereka tidak mengetahui apa-apa daripada ilmu Allah melainkan yang dikehendakinNYA.

7) Kursi Allah meliputi langit dan bumi.

8) Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya.

9) Dan Allah maha tinggi lagi maha besar.

indah kan ayat kursi. maksudnya pun sangatlah mendalam. ok saya tak reti na bermadah pujangga pasal ayat2 quran ni. 

masa saya darjah dua. cikgu saya surih hafal ayat kursi ni. saya macam..krr krr hafal je lah. ayat senang je pung. kan time tuh aku antara budak pandaiii...teeehheee..*berlagak riak takabbur* 

tanpa mengetahui maksud, saya pun hafal dan hafal. bila cikgu tasmi', ofkos lah saya dapat baca dengan baik. nak saya ulang ayat keramat ke? saya kan budak pandaiiii..haha 

lepas tu, bila balik..malam2 saya tidur dengan ayah. ouhh so sweeettt! saya akan baca doa tidur ayat kursi dan ayat2 yang lain lagi lah. ayah saya tukang tadah doa. kadang2 dia baca. kiteorg bergilir gilir. HAHA *tade motif pung cte yg perenggan ni punye *

lepas tu bila naik sekolah menengah, saya duduk asrama. tahun pertama tuh wuisshh memang seram habis la. ade hantu..hiiiii.. dia rasuk semua orang. yang kuat dapat lah bertahan. kalau yang lemah. hehehe takut ta? aku memang suka takutkan orang! 

tadelahh.. rasuk sikit2 tuh adelah. bila time kritikal mcm tu terjadi je..ustaz2 ustazah2..kakak2 senior semua suro baca ayat qursi. aku pung baca lah. dengan harapan hantu2 tuh akan menjauhkan diri dari akuu. muahaha. 

aku baca dengan penuh feeling, tapi mcm biasa tidak mengetahui maksud. kelakar tau kalau ingat balik camne aku bace. kalau boleh satu asrama tuh dengar! HAHA

naik tingkatan empat, saya tengok cerita hantu dengan kawan saya. cerita karak! siapa tak tgk lagi? HAHA saya dah tengok saya dah tengok..*sambil menari chicken dance* cerita tu kelakar! haha yg last2 lah memberi pengajaran kepada saya.

syaitan tu pun dulu pernah duduk dekat syurga. dia pun tahu ayat2 alquran tu. dia pun dapat detect kalau kita baca menonong je tanpa mengendahkan tajwid semua. mcm waste your time je. baca banyak2 kali tapi tajwid tunggang langgang. 

kite, mestilah meminta bantuan dari Allah. bukan baca ayat2 Dia dengan harapan..ouhh semua benda selesai. kalau kita tak tahu maksud semua..sama jugak. yang penting maksud tuh mendalam bagi kita. kalau setakat baca tanpa tahu apa isi kandungan ayat tuh, macam tade apa2 perubahan pun yang berlaku. 

contoh:

~ouhh ayat ni dapat sembuhkan penyakit..
~ouhh ayat ni dapat kuatkan ingatan..
~ouhh aku mesti baca ayat ni. ayat ni jauhkan aku dari godaan syaitan.

tapi kalau kita sekadar baca,tanpa tahu maksud sebenar ayat tuh..sama jugak. kita mesti tahu apa maksud dia. apa yang Allah nak sampaikan kepada kita. 

dan sejak tu saya mula hafal maksud ayat qursi pulak. masa saya tengok cerita karak tuh, masa dia tgh bace maksud ayat qursi tuh..meremang bulu roma. nasib tgk kat rumah je. astro first yg rm15 lah katekann.HAHA

dah la kawan2 yg lain pulak terpaksa dengar aku tasmi' maksu ayat qursi tuh. haha ta pasal dieorg dapat tengok aku bersemangat! muahaha. 

saya suka tengok cerita hantu bila masa time ustaz datang kan..pastu dia baca sikit2..lepas nanti die buat dengan tangan dia ermm kalimah ALLAH. lepastu nanti dia tolak yg die tulis tuh..gedebushhhh kene kat hantu yg rasuk2 org tu. pastu nanti org yg kene rasuk tuh menjerit-jerit..pastu pengsan. HAHA saya suka part tu lah! nanti ustaz tuh jerit Allahuakbar! kuat2 kan ..haaaaa best kan?.
(krr krr. keluar tajuk )

ok untuk hari ni itu je yang saya nak sampaikan. kalau sesiapa belum tengok cerita karak. tengok lah! part yg last tu je. *hehe promote pulak* 

dann ingat yee!

"Allah tidak akan membebani seseorang hambanya,melebihi kadar kemampuan seseorang itu"

spread your smile..!
love yea! muahx muahx ;)


Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam