final

bismillah

kita rasa, kita nak demam lah. hahhahahah. hahahha.. kan aku ckp, naik degree ni, badan dah tak jadi IronLady dah. hahaha. setiap kali nak exam kan, mesti malam sebelum exam tu sakit lah. seleseme lah. pening lah. migrain la. mcm2. hahaha.

kita pun tak tahu lah kenapa badan ni gedik semacam. ikut perangai tuan gamaknya. hahahaha. mcm2. pastu esok, sebelum final english, ada kelas kan? ahhh malasnya nak masuk kelas. hahahahaha. tp disebabkan madam kan, dan disebabkan english aku yg tak berhabuk, kena lah pergi. dia mcm awkward bila dah lama tak masuk kelas, kena masuk kelas. aaaaaa...hahahaha. malu lah. motif?

yela. sepanjang cuti ni kan, aku merepek repek kat twitter, insta semua. aku malu lah. takde kaitan eh? hahahaa. cepatlah hari jumaat. haha.

buku english still  terbukak kat sebelah ni. kita rindu kenporo sangat sangat sangat. org kata, kalau rindu, doakan si dia. tp masalahnya, kenporo ni, kereta. nak doakan apa? haha. ouhh semoga ayah tak jual? entah2 dah dijual. ahhh tak tahuu.

ha.lepastu, td ada kwn kolej aku tweet "skrg aku tgk TL asyik pasal kahwin je. musim kahwin muda agaknya" lebih kurang lah. hahahaha. masalahnya sekarang AKU NAMPAK KORANG TWEET MCM TU SINCE AKU MULA MASUK DEGREE LAGI. BUKANNYA SEKARAAANG. motif capslock? hahaha.

erm mungkinlah sebab aku punya persekitaran ni, agak islamik kenn, kahwin muda, awal and so whatever ni, menjadi perbualan. takdelah. kalau aku dgn kawan2 yg agak gila2 ni, kalau ckp pasal kahwin, semua tak serius. semua yg ala2 gedik2. haa gitu. perasan nak anak raja lah. nak ustaz lah. nak yg kaya lah. khwin dekat taman lah. pastu nak yg ala2 tak romantik. kalau hensem nnt, insecure. haa mcm2 lah. (eh, aku rasa tu semua aku punya.)

buat masa skrg ni, aku tak follow lah pulak minah2 'sudi kah kau menjadi imam ku' dan lain2. hahaha. aku geli lah. hahahaha. tapi skrg kat TL aku, semua tang tang lelaki yg...ermm yang..bukan yg 'jadilah makmum ku' tu..tapi yg ala2 dah layak kahwin dah. you know who you are. hahahaha.

kita bukan apa. kita sokong jugak kalau korg nak kahwin tu. kadang2 memberi tips lah jugakkan mcmna nak jd isteri cerdik yg solehah. cuma, KORANG NI KELAKAR TAHU TAKK?! hahaha.

kadang2 aku baca kan, scroll2 TL, lepastu nnt aku bandingkan dgn diri aku, kalau list tu ada 10, aku rasa aku cukup satu je. 'buat suami ketawa' hahaha. ada tak dlm list korg? takde eh? lagi loser aku. hahahahha.

haihh aku ni pun. budak2 sama umur dgn aku ada yg dah mengandung pun, aku boleh main2 kan fikir benda ni. kadang2 tu, ada jugak aku fikir secara serious dan telusnya. tapi 10 minit lepastu, aku gelak. pastu ckp kat diri sendiri..."OMG! AMIRAHTUL HUSNA FIKIR PASAL NI. KENA TWEET NI!" haaa mcmna. hahaha.

*dalam bilik*

me : abel! BM tu apa? (muka blur)

abel : ouh yg dia tweet tu? tu Baitul Muslim.

me : laaa yeke. kita ingat ada org nak ajar dia berBahasa Melayu. selalu kita guna berumah tangga je.

abel/me : hahahhahahahahahahahahha.

ke ada yg tak tahu baitul muslim tu apa? haa tu lagi bendul and loser dari aku. hahaha kbai!

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam