saya tak sokong mana2. betul.

bismillah.

jgn baca post ni sebagai post politik. harap maklum. saya hanya menulis perasaan seorang anak polis.

betul cakap orang. kalau sebut politik je. boleh huru hara dunia. melayu boleh berpecah belah. negara boleh hancur.

yang jadi mangsa? polis. polis yg nak mmpertahankan keamanan negara. ahh senang lah cakap polis mcm lembu. ikut je apa ketua ckp. fine..habis tu kenapa tak letak askar je. ha jaga. jaga semua yg terjadi. bole? awak2 semua.. askar ade kerja mereka. polis ade kerja mereka. bukan semua orang ada kemahiran tertentu.

awak2 yang cakap besar tu. kenapa awak tak pertahankan negara ni. kenapa awak semua perlu kecoh2 tulis dekat facebook.dekat twitter? kenapa awak tak jumpa najib terus? kenapa ?

awak2 semua. ingat polis2 tu nak jaga ke benda2 merepek tu. benda2 yg buang masa mereka. pada hari sabtu pulak tu..pada weekends pulak tu. sebab dia fikir tu kerja dia. tanggungjawab dia. rezeki dia.

awak! tolonglah faham. cuba awak letakkan diri awak dalam keadaan tu. yee saya dah dapat bygkan kalau saya dlm perhimpunan tu. saya tahu saya marah dgn ape2 pasal poitik lah. saya dapat rasa. ok cuba awak pulak letakkan diri awak kat tempat polis tu. awak nak ke duduk dekat situ 24 jam. nak? 24 jam pun awak tak larat. nikan polis tu duduk dah berhari-hari kat situ.

awak..tolonglah faham. polis tu bukan robot wak. bukan jugak alien. polis tu manusia. macam awak jugak. yg ada perasaan. yg ada rasa lapar. yg ada rasa kecewa. yg ada rasa sakit. dia bukan robot.  dia manusia wak. ALLAH yg cipta. mcm awak jugak. kene benda tajam..berdarah. kne baling ngan batu pengsan. awak..dia mcm awak.

ya allah..selama ni awak fikir polis tu batu ke? robot? ehh besi? tak wak. dia pun ada anak bini. awak tahu tak mcmne isteri dia risaukan dia bila dia pergi ke tmpt2 yg bahaya. awak tahu tak yg anak dia masih perlukan dia? awak tahu? awak tak tahu. yg awak tahu..kutuk belakang2. kutuk dekat facebook. kutuk dekat twitter. cakap polis tu lah polis ni lah. polis lembap lah. polis bebal lah. ape ni wak.

awak,polis tu nak suap anak bini dia makan. polis tu nak cari rezeki halal. polis tu nak msukkan anak dia yg ta bagus SPM tu ke dalam kolej. awak tahu tak..sekarang semua dah mahal. awak tahu tak? awak tak tahu. yg awak tahu..awak hidup senang. nak ape..mintak je. kalau tak cukup salahkan org lain. come on la wak.  kita bukan hidup sorg2 kat dunia ni.

awak..kadang2 kan..polis pun ta sempat makan wak. sebab dia lakukan tugas dia. awak tahu tak..dia bg org makan. tp dia tak makan pun wak. tapelah. yg ni kita boleh abaikan. bukan ke td awak cakap polis tu robot. a'ah robot mana makan.

awak..polis bukan kerja macam ayah awak. pergi kerja pg..balik petang. malam dah boleh main dgn cucu. tak wak.polis kerja tak tentu masa. malam2 pun dia kerja. ouh awak tak tahu. yelah family awak tade polis kan. untunglaaa.~

awak..lain kali kan, kalau anak awak hilang..awak jangan cari polis tau. cermin sikit muka awak tu. sebelum ni kan awak kutuk2 polis. tak layak lah pulak kan polis nak cari anak awak. polis kan lembap. bebal pulak tu.asik ikut perintah ketua je. bodohnya punye polis. kan wak kan? :)

awak..kalau ic awak hilang..awak tayah buat report polis. awak pergi buat report kat askar. sebab polis ni bangang sikit. ta payah susah2 kan diri pergi buat report eh wak.,

awak..kita semua rambut sama hitam hati lain2. mcm tu jugak polis. mmg semua polis pakai baju sama..tapi tak semua polis baik tak semua polis jahat. awak, polis pun kadang2 ada masalah peribadi wak. cubalah faham. awak jgn lah nak buat pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

kalau gune pepatah tu..saya pun boleh guna awak. org yg pergi berhimpun tu semua baik ke? ehh kenapa ade baling2 batu pulak. ehh ? *senyum* ouh baik ke tu? mcm tu lah contoh dia. tak semua dalam kumpulan tu baik dan tak semua dalam kumpulan tu jahat. awak ni. saya yg muda dr awak pun tahu benda2 ni. awak tak pergi sekolah ke dulu? tak belajar sivik ea?

saya pon mana sokong kerajaan. kalau kerajaan pon saya tak sokong apa lagi parti pembangkang. saya hanyalah seorang remaja yg suka memerhati. apa yg saya tgk,polis jadi mangsa.

awak..mcmlah saya tak tahu..bila ada org pakai baju uniform lengkap polis..lepas tu jalan dekat sesuatu kwsn..mesti semua org baik je. lagi2 budak sekolah. awak..saya anak polis wak. saya tahu. lepastu bila polis tu dah jauh..mulalah awak kutuk semua kan. awak..saya tahu wak. saya dah mengalaminya selama 18 tahun dah wak.

saya bukan nak back up ayah saya. tak langsung. saya cuma kesian dekat polis2 negara kita ni. dah lah negara luar pun kutuk polis negara kita..ni rakyat sendiri pun kutuk jugak. ouhh betapa terpinggirnya polis ni. awak jgn tak tahu wak. takde polis kat negara ni..takdelah anak2 awak.

dah lah wak. saya bosan lah baca semua benda dekat facebook..twitter..kat mana2 lah. sikit2 nak salahkan polis. awak jgn nak buat spekulasi sndiri. awak tak berada di tmpt kejadian. awak tak boleh ckp apa2. ayah saya yg berada kat sana 2 hari pon tak ckp apa2..ni awak yg tak pergi yg tak tahu prkara sbnr pulak nak kecoh. kelakar lah wak!

maaflah saya terpaksa buat post pasal ni. sebab saya pun manusia biasa jugak. yg rasa sedih bila ayah saya kene kutuk. yg rasa nak nangis bila dpt tahu ade polis kene pukul. yg rasa berdebar-debar tggu bila ayah saya nak balik. saya ni manusia biasa wak. selalu fikir bukan2. tak tahu hidup lg ke tak ayah saya. sebab saya tahu ayah saya tak kebal. ayah saya dah tua.

ape kata awak sendiri jadi polis. kita tak tahu mcmna rasa sesuatu keadaan jika kita tak duduk kat situ kan. ermm saya syorkan awak jadi polis. alaah asalkan BM awak dalam spm lulus..awak dah bole mintak polis. awak kan bnyk A masa spm. cubalah.

jadi..ketahuilah wak..polis hanya melakukan kerja mereka. it's their job! faham tak? mcm pengawas dekat sekolah. org bawak fon kene rampas. tp kdg2 pengawas tu yg bawak. kan? :) yee itu kerja mereka.

terima kasih. *saya buat post ni bukan na bg sape2 terasa. tp kalau trase nak buat mcmne.bukan salah saya. malah saya tak letak pun nama awak kat sini kan?*

Comments

  1. tssk tsk nape aku yg rs nak nanges bc post neh :')

    ReplyDelete
  2. huwaaaaaa cunaaaa !!! maybe aku macam lambat sikit bace post ko ni ! tapi betul la ape ko ckp huwaaaaa i love you babehhh !!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam