jangan kau persoalkan :)

bismillah.,

okayh..kali ni tajuk memang ada kene mgena dgn isi post. ekekeke selama ni tajuk pasal bumi, post pasal marikh. tapi kali ni tidak. aicewaah. HAHA

heyy heyy heyy. kita dah cuti 3 minggu. ehekk. ni yg I suka masuk Uni ni. belajar 3 bulan cuti..belajar 3 bulan cuti...i loike! *flip hair*

sayangku, jangan kau persoalkan siapa di hatiku..terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu..

aicehh jiwang pulak. k lagu ni tade kene mengena. hew3.

jangan pernah kita persoalkan apa yang dirancang Allah. jangan pernah meragui apa yang telah kita lalui. dugaan kita ni hanya sedikit. kita tak pernah rasa dugaan org lain. yg jauh lebih besar.

jangan pernah menyesal dengan apa yg telah diberikan. dengan apa yang telah ditentukan.

kadang2, aku termenung..kenapa aku? lepas dah persoalan tu pergi datang pulak persoalan..sebab apa aku di sini? lepas soalan tu pergi datang lagi soalan lain..macam mana aku nak hadapi?

tapi, bila fikir balik..aku tak pernah marah. aku tak akan marah sesiapa pun atas sebab kenapa aku di sini. aku bersyukur. sangat. aku dimanjakan! aku diutamakan! akulah segala-galanya bagi mereka. tak pernah rasa kekurangan. sikit pun tak. tak ada kekurangan pun.

kenapa aku? sebab aku insan terpilih. aku istimewa. aku segala-galanya :)

sebab apa aku di sini? supaya aku tahu mana satu halal. mana satu haram. Allah dah aturkan yg terbaik buat aku. diberi ujian sebegini, dan diberikan pula jalan penyelesaiannya.

macam mana aku nak hadapi? *senyum* kahwin! haha tak lah. dengan bantuan Allah. dengan kekuatan iman, aku tahu aku boleh hadapinya sikit2. :)

selalu termenung bila t'ingat kata2 ustaz. surat akuan sumpah. kad pengenalan. malah aurat! Allahu Rabbi. susahnyaa. kadang-kadang sesak nafas bila fikir.tapi..ustaz tenangkan..dia kata 'Allah tetap menerima doa mereka utk kamu' 

kalau aku tak tahu apa2,tak tahu hukum..tak apa. tak rasa bersalah sgt. ni..aku tahu. aku tahu halal haram aku. memang sejak azali lg,aku belajar benda2 ni. walaupun tak ada dalam silibus pmbelajaran di sekolah.

tak suka cakap pasal benda ni dengan keluarga. taknak. aku perlu jaga hati semua orang. tape. aku boleh selesaikan sendiri. In Sya Allah. dengan bantuan Allah.

jadi, kepada semua orang..jgn pernah persoalkan hidup awak. kenapa awak belajar dekat sini. kenapa awak dapat begitu begini. kenapa parents awak begitu. jgn persoalkan. Allah dah rancang segalanya. tinggal kita, yang perlu usaha. :)

jika awak ada 3 jalan. tengah,kiri dan kanan. awak mengambil jalan tengah. walau apapun terjadi selepas itu, jgnlah menyesal sebab awak tidak pilih jalan kiri dan kanan. sebab, ada hikmah di sebalik semuanya ;)

assalamualaikum .

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam