sentap

Bismillah.

Sentap sebab mouse komputer tak boleh guna. Lepastu tak boleh on komputer. Lepastu tak sedar diri kena baca fiqh sbb ada exam hari rabu. Lepastu asik belek fon tgk internet. Lepastu sendiri menyesal sebab tak baca buku. Sentap.

Cerita minggu ini.

1) hari jumaat haritu kami pergi pre-konvoi bersama kawan2 smakl. Seronok. Sebab memasing dah lama tak jumpa I. Eksaited lah. Eh? Kan I kata, I dah matang. *flips skirt* pergi dua buah rumah saje. Nama pun pre konvoi kan. Haha. Lepastu tak ramai pun yg join. Kan start keluar drpd kuis pukul 11 something. Then balik kuis pukul 9. Sayang kuis bukan? --'

2) hari sabtu. Harini eksaited kemain. Haha. Pagi2 dah ada kelas tutorial untuk koko. Habis kelas pukul 9.45. Siap2 pakai baju raya, and siap2 telefon ibu. Sebab masa nak beraya nnt , tak ada masa nak pegang fon. Eh?haha. Ibu pun pelik..eksaited kemain ni apedehal lah anak aku ni. Haha. Harini kovoi raya AiB. tak perlu tanya lah. Seronok. 2 kereta comel2 prmpuan dan 3 kereta gedabak2 lelaki. Masa rumah prtama ada selit satu motor. --'

Haritu pergi 3 buah rumah. Dan balik malam. Wohoo. Abang2 CRV bwk kereta laju2. Amboi. Kesian ahkak2 yg bawak kereta cecomel ni. Tercabut meter nnt, sentap. Tp kak maira ni tak bawak. Akak duk belakang je goyang kaki. Haha. Sebab pagi tu dah kena hujan. Almaklumlah kepala ni kan menggade gade.

Sebelum pergi rumah ketiga , kami berhenti tepi pantai dulu. Tgk sunset. Gila sweet kelas aku. Lepas dah tgkp gmba yg gelap2 semua, kami pun menuju ke surau dan openg houseng. Lepas tu balik.

3) hari ahad. Pagi2 tu tak ada buat apa. Qadha' tdo. Hewhewhew. Sakit kepala masih lagi. Petang pula ada water confidence. Dan kumpulan saya nombor 3. Eksaited kemain. Hahaha. Nasib baik coach2 tak garang. Kelakar semedang. Aku rasa kumpulan aku paling bising. Macam2. Teruja jumpa air agaknya. Hahaha. Sebelum tu punyalah geli nak masuk. Tasik kot. Bukan swimming pool. Tp bila dah masuk, taknak keluar. Ha sudah! Hahaha.

Kesimpulan:

1) aku seorg yg tak kisah. Kau nak mkn apa2 hak aku, makan lah. Like seriously. Dlm loker tu nak makan apa je, amiklah. Dalam kerta tu ada apa2 yg boleh dimakan, amiklah. Dekat rumah aku, nak makan apa mintaklah. Sejujurnya aku tak kisah. ;) biasalah kalau nak gurau2 semua. Ihiks. Jgn ganti. bab2 makan kalau nak ganti mengganti macam terukkan perangai. Haha.

2) aku memang lemah kalau jumpa hujan. Bukan kalau kena. Kalau jumpa. Kalau aku dlm rumah dan diluar hujan. Uuuii mcm tu pun dah sakit kepala apetah lg kalau kena. Pengsan. Haha. Memang puteri salju betullah.

3) aku suka kacau2 org. Haha. Contohlah kan. Kau dgn lelaki tu. Tiba2 kau jumpa ex dia. Haa aku suka lah ckp "madu kau". Tp bila jadi dekat diri sndiri, rasa nak lempang org yg ckp tu kan. Annoying tahap ape entah. Nampak tak tu cemburu dia tu. Haha. Lg satu aku tak suka org cemburu tak bertempat. Eeuww. Sebab aku pun mcm  tu. Haha. Lempang diri sendiri sekarang.

4) jgn tanya org berulang-ulang kali pada soalan yg korg dah tahu jwpn dia. Puhliss. Menyakitkan hati. Mungkin ada sebab kenapa jwpn yg mereka bg tu tak kena dgn jwpn yg korg nak. Ada sebabnya. Buang masa je carik jwpn hidup org lain. Hidup kita oun ting tong lg. Kau pegilah gegosip dgn kwn2 kau. Kadang2 ada perkara yg betul tak diberitahu bersebab.

5) aku nak buat jahat yg tak melibatkan jantina. Aku nak buat jahat "ouhh dia ni perempuan tapi nakal." Bukan, "ehh dia ni. Lepak dgn lelaki. Tak manis" haa aku nak buat jahat dgn kwn2 prmpuan je. Taknak melibatkan lelaki. Sebabtu kalau midnight movie, aku prgi dgn kwn prmpuan je. Aku tahu batas. Lepasni taknak dah. Balik tu terhuyung hayang kereta sebab ngantuk. Ughh. Haha. Ustazah pesan, rapat mcmna pun kamu gn kwn2 lelaki kena tahu batas. ;)

6) apa apa yg anda semua lihat. Apa2 yg anda semua baca. Apa2 yg anda semua fikir, percayalah semua itu hanyalah alam maya semata-mata. Tidak ada yg benar melainkan yg sebenar benarnya. Kadang2 kami ni suka nak jadi pemenang pelakon lelaki dan wanita terbaik. Biasalah. Haha. Faham kan. Saya ulang suara 'kadang yg depan tak sama dgn belakang, yg kiri tak sama dgn kanan dan yg atas tak sama dgn bawah' reality tak sama dgn fantasi. Dan selalunya realiti itu pahit. Fantasy dlm dunia kayangan. Pandai2 hidup untuk balancekan realiti dan fantasi :)

7) bukan setakat bulan syawal je. Bulan2 lain pun boleh dtg rumah. Cuma saya tak bukak rumah secara officially. Siapa nak dtg,sila dtg. Bgtahu siap2 supaya apabila anda dtg, ada makanan. Hahaha. Yipulah kalau aku ckp aku yg masak. Kang pengsan semorang kang. Hewhewhew.

Itu sahaja. Moga saya dah tak menmain dah. Midterm final semua nak dekat. Degree tak sama dgn asasi. Asasi dulu asyik bersuap je. Degree kena buat sendiri. Mohon perangai malas berubah. Mohon perangai mengada berubah. Mohon perangai gedik berubah. Sebab dah besar. Dah nak masuk 20 tahun. Mohon dah tak menggatal. Mohon dah fikir masa depan bukan kahwin. Haha. Mohon dah tak jadi pelakon wanita dan lelaki di timeline2 twitter rakan2 anda berdua. Ada yg sakit hati mungkin. Tak baik buat org sakit hati. Haha. Kadang2 je boleh. Eh? Ada hati lg tu nak sakitkan hati org. Haha. Mohon hati sentiasa ikhlas. Mohon Allah jagakan hati si IronLady ini supaya tak jatuh tersungkur. Mohon dah tak subscribe internet mulai mggu depan. Mohon dah tak buat perkara lagho. Tp tak janji. Mohon jangan jd matang sgt sebab diri sndiri tak suka. Biar jd budak2 sikit. Mohon dpt senangkan happykan dan luangkan masa dgn Allah, family dan kwn2. Jgn fikir penat diri sndiri. Sebab Allah dan mereka lg penting. Mohon semohon- mohonnya. Till we meet again.

Ikhlas,
Kak maira :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam