manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya

bismillah.,

aku ni kan, pelupa. amboi. haha. banyak sangat telan semut hagaknya. jadi, lepas aku dah tahu blog seseorang,aku ambil lgkah mudah dgn follow lah blog org tu atau lebih tepat kawan aku tu. yela, nnt aku lupa link blog dia, membuatkan aku sakit hati bila tak ingat tapi ingin membuka. faham?

ataupun utk benda2 penting. mcm teacher aku bg esaimen melalui blog dia. haruslah aku follow kan. nnt nak tgk sng. maklumlah makcik ni jenis yg malas nak ingt link blog org. ermm pswrd blog ni pun aku dah lupa. hihi.

masalahnya disini sekarang, kalau org tu ckp, kau ada blog kan? aku mesti tertanya-tanya, mana dieorg tahu. bhahahaha. tak sedar diri,yg aku letak link blog dekat twitter,dekat fb, lpstu follow org. kau boleh tanya lagi,mana org tahu blog kau husna? pffft -.- sekarang maklumat di hujung jarilah husna.

ok lupakan perihal tu. muehehe. aku terfikir benda ni tadi. tgh baca novel 'Aku Bercerita' yg Ramlee awang murshid tulis ni. psiko sangat! haha. aku rasa bila aku baca novel dia, dgn kepala2 aku skali masuk dlm tu. blerghh. aku tak boleh lupa masa aku baca 'Ungu Karmila' tu. pergh dahlah baca dekat asrama. lepastu malam2 jd takut. suruh kawan teman pergi tandas. nyampah sangat. haha. (ok.dah melencong)

masa aku baca novel ni, adalah ayat tu. "manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya". i'm wondering, kalau manusia sebaik-baik ciptaan, knapa banyak lagi kerosakan di muka bumi.

husna, jika guna 'kalau', gajah pun boleh terbang.

sebab tu,manusia, Allah jadikan ada akal. boleh tahu beza . apa yg bagus. apa yg terbaik. kenapa ha, manusia ni tak reti bersyukur. i'm just wondering. yelah. aku sebagai manusia, tak pernah nak rasa cukup. ada je yg tak puas hati. lepastu rosakkan alam ni. vandalisme.

knapa, manusia yg selalu dikaitkan dgn kemusnahan alam. sungguhlah, manusia ni. tak kenang budi. kita tahu tak, yg kita dpt oksigen drpd pokok?. dah yg slalu kita tebang pokok, kita cabut daun2 kita buat apa2 lg lah. ha tu mana kenang jasanya?

manusia dijadikan oleh Allah, sebagai yg boleh bercakap. bekerja. menimba ilmu. berkasih sayang. yg boleh fikir mana baik,buruk. yg boleh memerintah bumi ni. yg boleh segala-galanya yg hidupan lain tak boleh. jin ke bunian ke. ape2 lah. tapi,knape manusia still tak bersyukur? knapa manusia sering gaduh. kenapa? haa? kenapa? haha. ok stop psiko-ing husna.

aku tak ckp pasal org lain. aku tgh ckp berdasarkan hidup aku. apa yg terjadi dlm hidup aku sendiri. tak berniat nak babitkan sesiapa dalam penulisan ni. aku musykil, aku ni manusia ke alien? kalau aku manusia, knape aku tak boleh jadi sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya.? binatang dgn tumbuhan pun tahu berzikir.bulan,bintang,pelangi. yg aku nih,balik2 nyanyi lagu maroon 5. lagho angaatt!

haa nampak tak aku baca buku ni sampai psiko. but its good actually. membuka mata dan minda aku.
apa yg aku dah buat. apa yg aku tertinggal. walaupun, kadangkala aku rasa buku2 dia ni nonsense. haha. ridiculous sangat! tp sekurang-kurangnya aku sentap dgn ayat2 dia. aku termuhasabah diri balik bila baca. amboi. termuhasabah tau. nmpk sgt sebelum tdur tak muhasabah diri. haha.

aku ni bukanlah peminat tegar si Ramlee ni mcm enna, muaz dan lain2. (bukan peminat tegar,tp buku laksamana sunan. keenam-enamnya aku ada ok. nak pnjam, rm10 sekali baca.materialistik sgt!) tapi kalau dah duduk rumah ni tak buat apa,baik aku baca novel. dan aku pulak jenis yg tak suka baca yg islamik betul2 kan. alamak..cmne nak terang kan eh. faham kan? bg yg rasa hilang arah masa cuti nih, bg yg rasa takde mknn rohani, ecehh. haha. silalah baca buku2 dia. maybe it works. i don't know. haha. lain org lain hatinya kan.

“Verily, We created man of the best stature(mould)”  -surah At-Tin:4

*still wondering*. mudah-mudahan lpas ni husna, kau jadi bersyukur dgn segala nikmat ok.? keluarga kau juga. sahabat2 kau juga. aamiin..~

assalamualaikum :) 

Comments

  1. Benar, sebaik-baik ciptaan Allah SWT adalah manusia.

    Terima kasih kerana berkonhsi peringatan ini.

    Jom muhabasah diri... Eh, muhasabah... :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam