cemburu.

bismillah.,

hahaha. tajuk dah bukan lagu. dah tak ada idea. walaupun aku ni suka menyanyi. hikhikhik.

sebelum kita masuk tajuk, jom kita pergi tajuk lain dulu. sekarang zaman2 menukar phone bagi batch aku. disebabkan duit mara dan juga pt baru sahaja masuk. pada pendapat aku lah, better korg tukar. eh jahatnya aku. alamak tak reti buat ayat lah!

maksud aku, memanglah kita kena beringat when we got the money rite? lagipun, dalam list duit yg kita dpt tu, ada disenaraikan barang2 nya kan? contohlah.., duit laptop, dia bagi rm2000 sekali. so, bila fikirkan balik, bagi yg dah ada laptop, we can use that money for buy anything else. yeah. such mobile phone. err. betul tak?

bukanlah nak suruh atau nak ajar semua org supaya up to date. NO. tp, kalau dah henfon tu slalu rosak, selalu tak dgr, selalu tak dpt msg, apa guna simpan lg. kan? daripada kita membuang duit beli benda yg LAGI merepek, lebih baik kita beli utk kesenangan kita. betul tak? so, go now. tukar fon anda. bagi yg fon dia up to date sgt tu ((rolled eyes)) tak perlu lah membazir. bagi aku, its time to another people buy the new one. tp kalau kau dah kaya, bapak kau dato dpt tender berjuta-juta kau nak tukar fon tiap bulan pun aku tak kisah. -.- ni just opinion aku. kalau berbeza dgn pemikiran korg, it up to you. AKU TAK PAKSA PUN KAU TUKAR FON! hahaha.

maybe im not interested with all the gadgets ken. ai tak minat. asalkan henfon ai boleh whatsapp, oklah. sebab kadang2, aku enggak ada ongkosnya mau topup. hahahaha.

ok masuk tajuk yang sebenar.

pernah tak korg rasa jeles, yg teramat jeles.? hahahaa. pernah kann? sakit hati kan. rasa mcm, pffttt kan? haha.

jeles aku, kadang2 merepek. kadang2 masuk akal jugak.

1) contoh dia, aku nak sangat kereta volkswagen ((kuis tanah sambil buat muka sedih)). tp, aku bukanlah anak dato yang dapat tender berjuta juta ataupun mempunyai perniagaan ataupun yg bermain saham berbillion billion. aku hanyalah anak seorang ayah. eceh. hahaha. tiba2, aku nmpk junior aku letak gambar dia dgn kereta baru dia. dan kereta baru dia tu, kereta volkswagen. KAU NAK AKU BUAT RIAK MUKA CEMANA?

kalau lah boleh, aku guna duit mara tu beli kereta. woiii husna! apa kau ingat beli kereta tu mcm beli pisang goreng ke? ke goreng pisang? tak kisah! dan aku mengklasifikasikan jeles kereta ini kepada jeles yg masuk akal. dan mulai saat ini, aku akan belajar bersungguh sungguh, bekerja bersungguh sungguh ((tak kisah kerja tu pangkat tggi atau rendah.asal halal. ceaaa ustajah cusna)) dan sentiasa berdoa dpt suami CEO yg dpt tender berjuta-juta. ok tu merepek.hahahaha. supaya bila aku dah ada duit nnt, bukan sahaja aku dpt beli volkswagen, tetapi aku mampu beli mini cooper, cayenne, dan segala kereta yg mahal2. hahahaha. nak mahal aja. lepastu langgar bontot kereta org lain. puii husna!


2) jeles yg kedua. jeles makanan. aku tak tahulah yg ni jeles merepek ke tak. biar aku cerita dulu, nnt korg klasifikasikan lah sendiri. aku jeles betul kalau org dapat makan, apa yg aku susah nak dapat! rasa macam 'KENAPA HIDUP NI TAK ADIL?!' haa gitu kau. hahaha. contoh. aku drpd zaman bila entah nak sangat meatballs ikea. kau tahu tahap nak aku tu tahap mana? tahap, kalau org suruh bayar rm100 pun aku sanggup. ((lebih seratus, tak sggup ah)) haha. tp kenapa selalu org yg tak mengidam yg dapat? org yg tak pernah cakap 'nak', yg dapat.

kadang2 bila tgk org update status atau hantar gambar dekat instagram, membuatkan aku nak menangis. haa kau sampai mcm tu. hahaha. betul. lepastu cakap sorg2 dalam bilik depan cermin, 'yelaaa, siapalah nak bawak aku.....' ((sambil buat suara sayu)) apa kau ingat ni telemovie indonesia ke husna?! hahaha.


3) melancong. maybe sebab, ibu dah bawak aku pergi sana sini sejak kecil, so, melancong tu menjadi salah satu hobi. macam, selalu orang, 'aku nak kerja part time ni. nak kumpul duit. aku nak beli rumah'. itu orang. kalau aku 'weyhh kena diet ni. kena diet. duit ni kalau simpan boleh pergi alaska'. ((motif alaska?)) hahaha. haa macam tu. SO, aku akan cemburu bila aku tengok ada org pergi tempat yg aku naaak sangat pergi, atau taknak. sebab aku memang akan cemburu. aku pun tak tahu kenapa.

unless lah kalau aku dah pernah pergi. so aku tak rasa pape. hahahhaa. aku nak, aku pergi dulu tempat tu, aku pergi dulu tempat ni, baru org lain boleh pergi. haa gitu. ahaks. dan lagi sekali aku rasa, aku patut berdoa agar suami aku nnt seorang ceo yg dpt tender berjuta-juta. sobs. takpe, aku redha je kalau dpt peguam. tak pun ustaz. tak pun pendakwah. hahahahahhahahahaha. ok ok abaikan.


4) jelous yg keempat ni aku rasa paling tak munasabah. hahaha. nak tergelak. tak sanggup nak tulis. tapi aku nak jugak tulis. dia macam terbahagi kepada beberapa bahagian. tapi aku satukan . haa. hahahah. aku jeles betul kalau...mcm mana ek nak ckp. tiba2 aku rasa aku tak patut cakap. hahaha. aku jeles kalau crush aku ckp dgn org lain. alaaa tapi bukan yg ni. tapi aku tak reti nak explain mcmna jeles yg lagi satu tu. jadi, kita buatkan crush ni jeles yg keempat. ok? takdelah jeles sangat sebenarnya. sebab, crush tu pun tak tahu kan aku suka dia. ekekeke. ((tutup muka dgn bantal busuk)).

ee siapa yg tak jeles do. hahaha. lagi2 kalau dekat twitter kan. selalu lah bukak TL dia kan. dan tak bermakna aku follow dia. dan tak bermakna jugak aku tak follow dia. kihkihkih. haihh tu lah. kalau tgk dia berborak dgn perempuan lain ke, atau unmention ke, atau ckp pasal prmpuan lain yg lagi baik dr aku ke ((baik ke aku? haha)) heihhh nyirap. haha. tak munasabah kan? istighfar banyak2 husna. hahahaha.


banyak sebenarnya benda2 yg remeh temeh ataupun yg mustahil aku nak dpt, aku jeleskan. benda yg aku selalu dapat, yg senang nak dapat bagi aku, takde lah aku jeles. tiba2 teringat ayat ni...




tiba-tiba, aku rasa aku mcm tak bersyukur. aku rasa aku dah dapat semua benda dah. tp, aku still tak bersyukur.

kau tak dapat volkswagen, tp kau still dpt kereta. kau tak fikir org yg tak pernah dpt kereta tu? 

kau tak dapat meatballs, tp still, kau selalu dapat makan hingga kekenyangan. hingga membazir. kau tak fikir orang Palestin yg tak dapat makan?

kau nak pergi semua tempat, pada masa yg sama kau dah pergi bnyk tmpat. kau tak fikir org yg tak ada kaki yg tak dpt berjalan pun? 

kau jeles pasal crush, ada kau jeles pada orang yg lebih banyak buat amalan kebaikan? 




dan....


kau takkan pernah rasa cukup husna, kalau kau tak pernah bersyukur. ((tunjal dahi sendiri)). 


till then, babaaai! assalamualaikum :)

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam