satu dua tiga!

Bismillah.

Tak macho kalau ttiba laptop tak boleh bukak google. Tak macho. Ke laptop aku sorg je ke cane?

Pastu banyaaak nak cerita. Tp sakit gigi. Double tak macho. Hahaha. Apa kena mengena type dgn sakit gigi? Aku pun tak faham dgn diri sndiri.

Haritu terbaca berita pasal budak kahwin awal tu dah bercerai. Alahai. Kesiannya. Umur 13 tahun dah jd janda. Macho tak macho, nak buat mcmna. Dah bercerai pun. Bukan boleh ulang balik masa.

Selagi belum matang tu, selagi belum bersedia tak payahlah amik keputusan yg besar. Nak galas tanggungjawab ape ke semua. Banyak lagi benda nak kena buat. Cehhh aku. Hahahaha. Tp kalau dah jodoh tu nak buat cane kan.

Ckp pasal benda2 ni, sebenarnya salah siapa eh? Tolak tepi lah ibu bapa semua. Kita tgk dr segi suami dan isteri itu sendiri. Sekarang pun, bukan setakat org muda2 yg bercerai, tp yg tua jugak. Kenapa eh? Bukan ke setiap masalah ada jln penyelesaian. Bukan ke kalau takde persefahaman kita boleh cari titik persefahaman tu. Kenapa?

Kadang2 malu dgn kaum sendiri. Kadang2, kaum sendiri yg menghancurkan rumah tangga kaum sndiri. Kan? Dan kadang2, kaum sndiri yg tak faham dgn kaum sndiri. Nak menghrapkan lelaki faham kita? Memang tak lah.

Hujung pangkalnya, kita kena buat seauatu kerana Allah. Kita kena carik redha Allah. Kan? Aduh berdebar ckp pasal ni. Sbb aku tak pernah kahwin lagi dan aku tak tahu apa yg akan aku pula lalui. Selama ni tgk org lain, tgk drama, tgk movie. Komen sana komen sini. Marah sana marah sini. Masa aku sndiri nnt? Macam mana? Allahh.

Manusia kan. Tak semua sempurna.

Kenapa org lain suka ckp pasal org lain eh? Haha. Kenapa perempuan suka ckp pasal lelaki? Kenapa ego lelaki lagi tggi? Kenapa kenapa kenapa? Kenapa banyak sgt persoalan aku ptg ni?

Kenapa org suka sibuk pasal kehidupan org lain eh? Lepastu kecoh2 dekat org lain keburukan org yg dilihatnya td. Org2 macam ni memang takde life ke cemana? Lepastu kenapa org tgh suka ckp apa yg org lain tak suka dekat org yg lagi satu secara tak mengetahu atau mendalami perasaan satu sama lain. Kalau dah rasa2, benda tu menyakitkan hati dan mengguriskan jiwa, tak perlu lah bgtahu. Jagalah ukhwah antara satu sama lain. Entahlah. Kadang2, aku pun terlepas ckp jugak.

Manusia kan.

kedua. Kenapa perempuan suka ckp pasal lelaki eh? Aku tak tahu lah pulak lelaki mcm mana. Tak pernah pulak buat 'meeting' duduk meja bulat dgn lelaki nak dgr dieorg borak apa. Ermm. Tp mesti mostly pasal bola atau kereta atau motor atau pasal makanan. Ke tak? Ke laki suka ckp psal perempuan jugak?

pape lah. Asalkan korg bahagia. Jgn korg suka crush aku over sampai siap telefon2 dia atau dtg rumah dia sampai rimaskan dia sudah. Ke korg dah buat? Hahahahhhaha. Lantakkan. Best girl will win. Eh? betullah. Maksud aku, kalau crush aku tu bagus utk korg, korg lah menang. Hahaha.

Kalau jumpa bebigels pun, kiteorg selalu 'mmbincgkan' ttg kwn2 yg lain. Ataupun couple yg dah clash. Hahhha. Takdelah nak ckp perihal lelaki itu ini. Entah memasing malu mungkin. Kalau dgn puteri AiB pun. Tp mana tahu. Kadang2 kita, aku terlepas ckp jugak.

Manusia kann.

Bukan setakat rgo lelaki tinggi. Aku rasa ego aku lg tinggi dari ego lelaki. Aku lah power. Ke tak? Selalu org yg ego tinggi ni, rugi. Hahaha. Susah nak dpt kawan dan mcm2 kerugian lagi. Maknanya aku loser lah? Haihh.

Manusia kann.

Apa yg penting sekarang ni, gigi aku sakit. Dah jumpa doktor, dia kata tak ada apa2. "Gigi kamu okay je.cantik je. " dan aku bengang. Kenapa kalau okayh tapi dia sakit.! Kenapa? Lepastu bagi ubat banyak2 suruh aku makan.

Doktor: kamu boleh mkn antibiotik kan? Takde allergi kan?

Me: boleh. (Dlm hati. 'Mmglah takde allergi, masalahnya saya yg takut) pffft.

Manusia kann.

Allah baru bg sikit rasa sakit gigi tu. Sabar je lah. Makan je lah ubat. Jangan mengeluh lebih2. Apa pun tak boleh husna ni...


Manudia kann...

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam