sayonara syaitan! ihiks

bismillah.,

burpp alhamdulillah. baru habis mkn moreh. (hehe puasa mula esok, tp moreh dah makan) hai hai hello hello!!! satu ramadhan yang dinanti-nantikan oleh semua telah tiba. wehooo! apa khabar iman masing-masing. ? hahaaha. mcm pelik je husna tanya soalan cenggitu.

dah solat terawih? dah baca quran. kalau dah, baru boleh baca. kalau tak, pergi baca dan buat apa yg patut dulu. ramadhan ni dtg sekali je setahun. entah tahun depan kita jumpa lagi atau tak. jadi hargai yg tahun ni punya. esok pun tak tahulah sempat ke tak puasa. sama-samalah berdoa ye :) ajal maut ditangan Allah.

dekat masjid tadi, macam2 hal terjadi. yang kakak2 belah sana, sibuk menangkap gambar. hahaha kelakar pun ada jugak. kadang2 aku pun, kalau lepak dengan kawan2 yg sama gila, akan buat perkara sama. tangkap gambar, upload masuk instagram, twitter dan seangkatan dgnnya.

yg belah sini pulak, sibuk berbincang cuti raya lah. cuti bila lah. ada iftar free lah. haha. macam2. disebabkan aku duduk sensorang, aku pun diam jela. khaleeda dgn ain dah kedepan.

baru mula nak terawih, ada baby nangis. lepas habis baby tu nangis, bunyi suara budak laki kecik pulak menangis. tak lama lepastu, bunyi budak2 main lari2 kejar2. aku pernah terbaca tweet wardina, yg dia pernah masuk masjid utk solat terawih, dan ada tempat utk budak2. aku teringinlah, dah besar nnt (bajet kecik lagi) nak buat masjid, lepastu ada bilik budak2. haa gitu. buat masjid tu mcm mustahil. erm kahwin dgn org yg buat masjid. eh org beli tanah utk buat masjid. eh nampak naa materialistik kau tu husna. hahahaha.

bila dia nak mula terawih tu kan, tiba2 rindu musolla smakl. hahaha. kalau masa hari first, budak2 smakl ni semangat tak semenggah. kah3! sampai terkeluar anak tekak dalam masjid tu. bila dah masuk hari2 seterusnya, semua dah layu. abende entah bebudak ni. haa termasuklah aku. macam tahun lepas, saya puasa dekat kuis. tp, tak pernah terawih dekat masjid al-azhar ni. pernah pergi, sekali je. itupun sebab mak nani suruh. rasa rugi pun ada jugak bila mak khaleeda ngan ibu cakap

"alahai korg ni. masjid tu sekangkang kera je. tak perlu naik kereta pun. masa yg banyak tu, pergilah sana. rugi je, masjid dlm kolej, tp tak pergi."

ermm. masa tu hati batu. rasa macam bebas sikit. masa skola wajib pergi musolla. bila naik kolej, naik kepala hu dia. haha. apa pun tak boleh. sahur. tak ingat lah sahur tahun lepas mcmne. bak kata ain, kami semua bangun pagi, mkn nasi. tp tu awal2 jela. bila dah lama2 tu, minum air je. kalau dgn hani khaliesah dulu, setiap hari turun dewan makan. gila lejen kan kteorg. hahaha. muka tetap dewan makan ni.

kali ni, saya dah beli air milo 3 in 1 tu. hahaha. aku ni dahlah tak suka air milo. tp disebabkan iklan tu tunjuk, budak tu minum milo, lepastu semangat sampai ke petang, aku pun terpengaruh lah. kita tengok esok, sama ada bertahan sampai ke petang atau tidak. hahaha. kalau tak, kita pergi sama itu milo! hahahaha.

azam.

hahahahaha. kalau tanya semua org, mesti jawapan sama kan. ha mcm tulah jwpn dia. aku malas lah tulis azam2 aku ni. takut tak terbuat. selalu mcm tu. kalau aku bgtahu org ke, atau apa2 lah, mesti tak jadi azam tu. menyampah. jadi azam saya untuk Ramadhan tahun ini, semoga ianya menjadi Ramadhan yg terbaik daripada Ramadhan sebelum2 ini :)

tadi petang, kemain aku eksaited. haha. bukak lagu2 Ramadhan je. kak fiza lagi teghuk. dia suruh aku bukak lagu raya. haha perangai tak senonoh! lepastu, aku sibuk cari baju untuk pakai gi terawih. pening je nabila tengok. last2 dia kata, pakai je baju tidur tu, sarung telekung. haa kan dah siap. lepastu takut nak tidur malam ni,sebab takut tak terbangun sahur. hahahaha. tahun ni, puasa dengan budak2 rumah baru. hahaha. pengalaman. kuatkan lagi ukhwah.

saya dah okayh dah. like seriously, betul2 okayh. dah rapat dgn bebudak rumah. im happy! haha. tak sangka pulak, yg aku ni memerlukan masa utk adapt. nampak je luaran peramah, happy go lucky semua. haihh husna husna. apa pun tak boleh --'

okayh. saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. hargai Ramadhan kali ini. dan doakan saya sentiasa bersemanagat semasa bulan Ramadhan ini. jangan hanya semangat masa awal dan akhir sahaja. kepada semua, saya memohon maaf atas kesilapan saya sama ada sengaja atau tidak. kadang2 saya tahu, yang saya ni, kejam jugak. hahaha. jangan lupa buat perkara sunat. jom jadi tamak dengan beribadah. semoga semuanya diredhai Allah. dan doakan juga supaya saya tidak menjadi hamba makanan. saya ni memang teruk sikit perangai. saya sedar tu. haha. so, selamat berpuasa semua. selamat bersahur semua. selamat berbuka semua. selamat berterawih semua. selamat berqiamullail semua. dan selamat semuanya. ! :)


motif pilih gambar ni? hahaha. sebab mamat tu pakai kasut putih. ok. doakan saya supaya dah tak cair tgk lelaki pakai benda2 kaler putih ni. bukan hanya pada bulan puasa tapi bulan2 seterusnya juga. (parah kang, budak2 law dah lah pakai baju putih. sudah aku minat satu kelas kang. habis! habis!) terima kasih kerana mendoakan saya. semoga Allah memakbulkan doa anda semua. 

assalamualaikum :) 

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam