dil to pagal hai

bismillah.,

banyak sangat kan post utk minggu ni. kah2. takpe2, minggu depan taknak post pape dah. ermm tapi tak janji . ekekekeke.

hari jumaat haritu balik kampung. wehooo. bru post kalau sedih, nak balik kampung, jumpa kambing(s). dah jadi betul2. masalahnya dekat kampung dah tak ada kambing. ayam pun tak ada. tinggal ikan keli je. apa lagi. goreng ah. hahahaha.

dekat kampung ada kenduri. kenduri sambut ramadhan. ermm kenduri doa selamat kak mira(kakak sedara) nak bersalin dan kenduri aqiqah elisa syuhada.(adik sedara)

sampai2 kampung, pukul 12 malam kot. terus makcik2 bagi kerja kena buat. dushh. nasib baik bawak teha balik kampung. haha. kuranglah sikit bebannya. anak dara kurang dekat kampung tu. tu yang tiba-tiba aku jadi rajin semacam kan..haha teha pun pelik. kuaja..aku memang rajin okayh. korg yg tak pernah nampak. *jeling*

hari sabtu tu kenduri, pakai jubah baru. kiahkiahkiah. tapi pakai sekejap je, sebab lepastu nak kena kemas balik. haihh tiba2 rasa mcm seronok pulak nak jadi budak kecik balik. dulu masa aku kecik, tak masuk dapur langsung. masuk pun utk makan je. tak pun masuk sebab tgh main nyorok2. seronokkan budak2!

aku dengan teha tgk lisa kena sunat. ahhhh. tak boleh terima. haha. kiteorg hanya mampu duduk sebalik pintu je. family aku ni, ikut cara kampung sikit. sunat guna mak bidan. bukan dekat klinik. hoho. klasik kan!

petang tu, sepupu ramai baru sampai. dah besar2 dah semua budak2 :'). aku ni antara yg tua, jadi sayulah tgk semua dah besar. semua dah tinggi. semua dah gemuk. rasa mcm baru tahun lepas, aku gomol2 dieorg. cium2 dieorg main kejar2 ngan dieorg. how times flies.

petang tu, kiteorg tgk hindustan dekat tv astro ria. hahha. aku ni, kalau dah mula tengok, kena habiskan. tu yg melepak depan tv tu semua org. masa ni, makcik2 tengah masak utk mkn malam. jadi, kami anak2 dara tak melibatkan diri. eh? susah lah. nnt dieorg suruh goreng ikan cemana? kalau setakat kacau sup ayam, aku tak kisah. hahhaa. anak dara ke anak bujang ni?

aku rasa semua cucu pak abu ni malas masak weyh. cuma ada yg sorg dua. yg lain tu, nama je dah besar, bila sampai part masak, semua lari. lepastu kena bebel dgn makcik2. lepastu keluar main guli kat luar. legend kan. haha. jgn lah korg carik cucu pak abu ni. tak boleh harap. tp tak bermakna kteorg tak reti masak. semua pandai ah. campak tu, campak ni...taraaaaa terjadilah telur goreng!

hindustan. cerita dil to pagal hai ni kan cerita lama. zaman2 kegemilangan shah rukh khan. hahaha. lagu2 waktu zaman ni kan, macam seronok. apa lagi, menarilah. hahaha. yg aku tak puas hati cerita ni, ada ke kawan baik suka kepada kawan baik. ish. tak baik. haha.

yela, bagi aku, kawan baik, adalah kawan baik. dia special. rapat dia special. faham tak? haha. kadang2 aku rasa kwn baik lagi special daripada girl/boyfriends. sebab kalau kita clash ke, gaduh ke, kita mesti luahkan dekat kawan baikkan? haaa. so, kenapa kena suka dekat kwn baik. ish. sebab tu, ia dinamakan cerita husna. ngehngehngeh.

kwn baik adalah tempat kat mana kita nak ckp kita gaduh dgn kwn lain. putus dgn pakwe/makwe. tempat kita jadi gila segilanya. tempat kita ckp yg kita ada crush. tempat yg kita bgtahu result kita yg teruk. tempat kita mintak tolong.haa itu adalah kawan baik. baikkan?

lainlah kalau dia dah kahwin. kawan baik dia, pasangan dia lah. jgnlah jadikan org lain kwn baik kau. agak2laahh.. -.- ibu dengan ayah pun adalah kawan baik yg terhebat yg pernah semua org ada kan. faham, apa maksud kwn baik? jadi, kita tak boleh bercinta dgn kawan baik! (mcm nak berdebat)

tu yg aku malas nak tgk tv tu. nnt ada je yg aku tak puas hati. hahaha. aku rasa aku nak jadi pengarah filem lah. aku nak buat cerita, yg aku akan puas hati. muahahahaha. anganangan mak jenin!

assalamualaikum :)

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam