kenapa bola? kenapa?

bismillah.

setiap orang kan,mesti ada err ape ek nak cakap, mesti ada hobi. eh bukanlah hobi sebenarnya. erm. ada kegemaran masing2 lah. macam memasak ke. menjahit ke. untuk perempuan lah. sebab aku perempuan. ngeh3. 

dan kenapa mesti aku tak ada kepakaran2 tu? oklah. memasak, err kita boleh belajar. hoiyt sekarang pun dah reti what. haritu masakkan utk teha dengan emi. ermm kira lulus lah tu. asalkan masak. sedap tak sedap belakang cerita. tp kalau aku yg masak, haruslah sedap. ditambah lagi dgn kepedasan cili api. umphh terangkat! hahaha. 

maksud aku, kena aku tak ada hobi2 atau kegemaran2 yg sepatutnya seorang perempuan ada. kenapa aku perlu minat bola? kenapa bola? hobi tau, aku selalu cari cerita pasal bola. ouhh manchester of course. peminat tegar. nak buat macam mana. erghhh. kadang-kadang, sampai satu tahap, aku cakap dgn diri aku "eh husna! jgn minat bola. jgn tweet2 pasal bola. jgn buat apa2 dgn bola." sebab mcm tak seronoklah perempuan minat bola sampai over gitu sekali.

ada sesetengah perempuan, dia saja tweet2 pasal bola, konon nak nampak comel..omg! minah ni, minat bola. comel je. hahaha. tp aku ni, bukan comel. masalahnya sekarang, memang addicted dekat United dan bola sepak. kenapa aku?! kan masa 2009 ,United dtg msia kan? aku mintak tiket pergi dengan ibu aku. ibu kata, okayh. nnt ibu suruh abg belikan. cubalah tanya kawan2 aku, mcmna excitednya aku. memang tak boleh tidur sebab eksaited. kalau boleh nak bagi tahu satu asrama. nampak tak tu. kecoh dekat semua orang. hahaha. rasa mcm nak nangis sebab ibu nak suruh abg belikan. hahaha. 

tiba-tiba, abg tak jadi belikan. tak ingat sebab apa. maybe masa tu, abg dah beli tiket kot. entahlah. tak tahu. sedih dia ermm tak payah cakap. satu malam tu, sayu je. aku nangis kot. nangis. sebab bola! omg! husna! faham tak situasi sekarang macam mana?! selepas beberapa minggu, ecehhh...kiranya taknak fikir pasal bola lah. tak minat semua. sekali, malaysia pulak tgh gah dgn harimau malaya nya. ermmmmmm. lagi seronok lerrr menengok khairul pahmi nyeww. hahaha. macam2. 

tapi seriuslah. masa United dtg tu, and aku tak pergi, kecewa sgt. kecewa dia, lg teruk drpd dpt tahu crush ada makwe lain. hahaha. (tak habis2 dgn crush dia) ok3, kembali pada jalan yg benar. ok3. 

aku jenis yg tak tengok bola. tapi ambil tahu pasal bola. dia bukan ambil tahu keseluruhan bola lah. mcm abg aku, dia ambil tahu pasal bola dan keseluruhan club. mcm aku, aku amik tahu pasal manchester united je. chelsea, arsenal semua tu sikit2. QPR tu pun baru tahun lepas amik tahu sikit sebab park ji sung masuk sana. lepastu amik tahu, bekas pemain MU masuk mana, kena beli dgn siapa. ha yg tu jelah. tdelah aku tahu pasal fabregas ke, Bele ke, ermm siapa lg, yg tgh hot skrg, ha siapa-siapalah. blur pulak memalam ni. haha. 

dulu, asyik2 ferguson. asyik ferguson. sekarang moyes. gila tak seronok kan. sebab aku membesar, memang pada zaman ferguson jd pengurus. apeke melayu sangat belog aku ni. hahahaha. masa dia jd manager. memang kalau ada apa-apa gosip ke..eh bukan gosip kalau ada apa2 masalah lah mengenainya sebagai pengurus, aku tetap sokong dia. faham? haaa. tu yg aku risau tu. kenapa addicted sgt aku dgn MU ni eh? alaaaa! 

haaa..kiranya dari zaman van de sar jadi penjaga gol lah. masa david beckham top. masa v. nistelrooy tak tua.. masa christiano ronaldo tgh hangat diperkatakan. haaaa legend kan. hahaha. *termenung* lg satu, ada sesetengah prmpuan, minat bola, sebab tgk pemain2 bola dia hengsem hengsem belaka. tp aku pulak, semua aku minat hensem ke, tak ke. nani, chicharito,evra,valencia,ferdinand semua aku minat. asalkan dia MU, aku minat. duhhhhhh. haa satu je aku tak minat. vidic. dulu aku minat dia. dah nama pun pemain MU. lepastu ibu cerita, yg dia ni org Serbia. org Serbia ni, jahat. suka bunuh org Islam.lepatsu aku tak minat dia dah. betul ke? tgk! pasal sedara sesama Islam aku tak kaji. ahhh come on husna! 

sebenarnya kadang2, aku menyampah dgn diri sendiri. rasa mcm nak campak diri sendiri terjun tasik. hahaha. bila budak2 laki ckp pasal bola kan, aku ni ringan je nak join. sabar jelah. dengan berkat kesabran aku yg tadelah setinggi mana, kadang2 aku tak join lah perbualan mereka ttg bola. kalau nak berborak pasal bola, dgn lelaki je terbaik. aku suka betul kalau abg dgn ayah ckp pasal bola. rasa mcm aku ni pun, anak bujang. hahaha. jgn tanya aku pasal bola, sebab aku tak reti jawab. dan jgn tanya aku pasal Liverpool, sebab aku amik tahu pasal United je. 

bobby charlton. ha ha ha. pasal kapal terbang terhempas tu pun, aku ikuti tau. ha ha ha. ok stop it husna. nak masak ikan kari macam manaaaaaaaaa??????????????????????????

teringinlah jadi perempuan yg lemah lembut. ceaaaaahhhhh! aku ni ganas.! hahaa. ataupun perempuan yg tak ambil tahu pasal bola. yg tak tahu apa2. yg bila tanya pasal bola, respon dia mcmni ---> "matyo? siapa tu?" haaa mcm tu. hahhaaha. boleh tak jd cenggitu. yg ala-ala pakai tudung labuh, lepastu keluar dr rumah, tak tahu apa2 pasal bola. mcm sopan je. ihiks........boleh?  *muntah hijau*

Comments

  1. masak ikan kari ke kari ikan ?? confius uncle..hahha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam