saya sudah besar

bismillah.,

tajuk fefeeling mcm nak kahwin kan. hahaha. "kalaulah" putera raja turun dari kayangan. masalah sekarang ni, kalau putera raja turun pun, sudah pastinya aku bukan pilihan dia. so, apa nak kisahkan sgt dia turun atau tidak. ye dak?

satu minggu sudah berlalu. Alhamdulillah, semua tak settle lagi. hahahahha. k stop it. kita cerita satu per satu. leggo!

aku dgn kawan2 kelas, rasa mcm dah yakin, akan dapat rumah sama. yakin sangat. sampai kami tak terfikir keadaan apabila kami daftar nanti, kami berlainan rumah. tak terfikir langsung. tak membayangkan langsung. seperti yg anda semua tahu, saya ni sombong. fullstop.

masa daftar haritu, dah cukup dah semua orang. ok. masa untuk mendaftar. tiba2, kami tak dapat satu rumah. bukan kami. aku. sedih dia, tak payah cakap lah. dah merayu dekat akak tu dah, tapi dia tak kasi. yela. kalau aku jadi dia pun, aku akan buat mcm tu jugak. tapi please, yg utk lg sorg tu, cakap elok2 boleh? mana entah ta'dib bla bla tu. (tiba2 tak puas hati) hahaha. yela. nak ta'dib budak, ta'dib staf dulu. mana lah bebudak tak bengang. haha. nasib baik aku ni jarang nak jumpa staf ke fellow ke siapa2 ke. jadi kemarahan aku, tak adalah memuncak sgt. keh3.

saya syorkan, kita menjalankan proses ta'dib menta'dib ini dgn cara yg lebih bersih dan adil. aku boleh ckp benda ni elok2, sebab aku tak pernah kena. cuma dgr cerita drpd kawan2 je. jgn pandang kesalahan pelajar je. lgpun pelajar ni, bukan budak2 lagi. dah besar. dah boleh kahwin. dah msuk kolej kot. taknaklah peraturan sekolah lg. oh come on. ouhh how I miss asasi so much!

k stop pasal benda ni. hahahaha. hari first kemas barang. tak ada benda sangat pun pada hari ni. cerita lepas ni jgn diungkit atau dieceritakan pada sesiapa. malu nih. hahaha. sepanjang 3 hari di rumah baru, tanpa budak2 Ai(B) tanpa khaleeda, tanpa ain..aku memang tak boleh duduk senseorang. nnt adalah sayu dating menyinggah.

faham tak. aku tercampak dekat rumah yg aku tak rapat. kan aku ckp aku ni sombong. tapi taklah bererti aku tak suka mereka. ahli2 rumah aku yg baru ni ok je. baik. masuk je kepala dgn aku. tapi, aku tak dapat adapt lagi. memang homesick 3 hari lah. bukan homesick dekat rumah cheras ni, tp homesick nak kawan2 dulu. masuk tandas, nangis. bila bilik tak ada org, nangis. bila panndang loker nangis. duduk atas katil, nangis. hahaha lawakkan!

ada satu hari tu, tgn luka. berdarah sikit je. sebab bukak penutup botol shampoo. haha. lepastu sayu. sebab dulu, ada org nak balutkan. aku kan memang takut darah. lepastu kat rumah baru ni, seganlah, nak bgtahu yg aku takut darah. nak nangis2 bagai kat dieorg. nnt Nampak mcm budak mengada pulak. aku pun nangis dlm diam. sumpah tak boleh bla. rasa mcm form 1 pulak. masa masuk asasi pun tak mcm ni. hahaha.

sebab tu aku jarang nak tweet pasal ni. sbb kawan2 rumah baru aku semua ada twitter. cuba kau bayangkan perasaan kau, bila kau kat tempat dieorg. aku nak jadi mcm okayh je. tade masalah. kalau lah aku kat tmpat dieorg, mesti aku mc, eh dia ni. balik2 nak dgn kawan dia. cuba kwn dgn org lain jugak. haaa gitu. aku boleh kawan dgn sesiapa saja. tapi aku perlukan masa. aku bukan lelaki, yg boleh masuk mana2 kepala. lagipun aku ni sombong. so, aku sgt memerlukan masa.

padahal rumah hilda and arifah kat depan je. berkaki ayam je kalau nak pergi rumah dieorg.haha. rasa lain. nasib baik ada kak fiza. boleh lah adapt sikit sikit. bila dah hari keempat tu, keadaan jadi normal balik. dah boleh tinggal sorg2. tak homesick dah. aku rasa mcm bahagia gila, bila dah rasa tak homesick tu. maknanya aku dah boleh terima lah persekitaran baru aku. dengan budak2 baru.

lagipun kelas kan sama lagi dgn khaleeda, jadi in sya Allah, semuanya okayh! :)

perjumpaan malam tu, abg walid belum start bercakap lg, tiba2 dah dpt group baru dlm whatsapp. hahaha. syariah b. kelakar. haa amik kau! dulu nak sgt dakwah b. dapat. sekarang syariah pun, dapat syariah b. roh Ai (B) berkeliaran bersama-sama kita. imam happy! hahaa. ok stop racist. stop assobiyah. sekarang, kita semua menjadi satu. ecehh. tp kami assobiyah dengan budak lain pulak. hidup asasi! eh? hahahaha. kita kawan dengan semua. tapi, kalau jumpa aku utk pertama kalinya, memang korg akan ckp sombong. muka aku kan, aku sndiri rasa nak lempang. hahaha. sudahlah tak senyum, lepastu pandang slack pulak tu. erghh muka! sila behave dgn kwn2 baru yee!

rindu kelas lama? hahaha mestilah tak. ok rindu. rindu. rindu sangat. ada satu masa tu, bila aku bangun dari tidur, nak pergi kelas, baru aku sedar yg kelas aku akan masuk kejap lagi, bukan kelas lama. dah tak ada dah perangai2 bangang budak kelas. kelas sekrang pun seronok. seronok. in sya Allah :) nak belajar kan. bukannya nak main. hahaha. <---- ayat ibu.

gambar. tak sempat amik lagi. sebab busy sangat. busy tak busy lah. cuma kami kena uruskan segalanya sendiri. walaupun hakikatnya, aku hanya menunggu arahan, tapi still rasa busy. yela nak buat satu apa pun tak boleh lg. nombor kad matrik tak ada. result tak keluar. jadi, semuanya terbatas. rasa mcm berada di awing-awangan. nak ckp budak degree, tapi masih aktif sebagao pelajar asasi. so, mcmna tu? hahaha.

nak buat pinjaman ke biasiswa ke semua susah. sebab semua tak confirm lagi. sadis. abang dengan ibu kata tak payah amik wang dari kerajaan negeri atau zakat. yelah. walaupun memang boleh mintak, sebab menuntut ilmu, tapi abang kata, bglah yg lebih memerlukan. kita mintak mara ataupun ptptn je lah. maknanya, lepasni, kena banyak menabung. kena banyak simpan duit. tak boleh boros. tp mggu depan ada jual2 tu. kita nak beli 2 skirt. dua tshirt muslimah dengan 4 helai tudung. haaa acemana tu?!

lagi satu, bila dah masuk degree ni, semua kena ikut. sobs. asasi dulu, suka hati engko lah nak buat apa. nak balik bila. tapi bila masuk degree, kena pergi itulah. inilah. ada koko lah. mentoring dapat mentor lelaki lah. semuanya tak best. hahahahaha. kejamnya ayat aku. dia mcm culture shock lah. dulu asasi, longgar semua benda. sebab kuantiti kami sikit. ni dah masuk degree, gabung dengan diploma. perghh terbaiklah kan. hahaha.

rumah pulak, dapat yg jauh di pelusuk alam sana tu. haha. dulu, keluar2 lift dah ada depan pintu rumah. keluar2 lift, dah ada dekat dgn pagar keluar mahallah. kali ni, kau kena berjalan 100m dulu campaur dgn marathon 50m campur dengan lari lompat pagar 100m, baru sampai depan pintu rumah. fuuhhh *lap peluh* tak apa. eksesais. hahaha. badan yg sihat, otaknya cerdas. hehehehehe.

ouhh line broadband dekat rumah baru daebak! bolehlah buat esaimen dgn senang hati lepas ni. esaimen? ermmm esaimen. hahahaha.

itu sajalah perkembangan untuk minggu pertama ini. rasa macam banyak mengeluh dan merungut je kan. hahaha. tak apa. sikit2 husna. lepas ni, kau dah biasalah. chaiyokk2! all the best semua. salam sayang daripada saya. hahahahahha

maira khabri :)

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam