harimau bintang

bismillah.

sebenarnya, banyak sangat cerita. banyak. tapi apa kan daya. keadaan diri ini yang malas nak tulis. tapi nak cerita jugak. hahaha.

pertama, dinner last asasi. lepastu berkelah dengan kawan2 kelas. lepastu hkk. lepastu balik rumah. jumaat tak ada kelas. lepastu kereta kemek sebab eksiden. the end. hebat gila kan cerita aku. haha.

cerita korea. (mula2 cerita yg lagho dulu. bawah2 nnt kita bg ceramah dekat diri sndiri eh ) sepanjang aku menonton cerita korea ni, semua cerita based on one sided love. huhahuha. nak peril aku pun agak2 lah. mihmihmih. bezanya, one sided love mereka tu, diketahui, dan aku tak.

bak kata org2 tua, bertepuk sebelah tgn. hew. tak salah. asal kau tak menganggu org lain dah lah husna. tp still,bnda ni mengganggu ain dan khaleeda. dieorg asyik nak korek rahsia je,siapa one sided love aku. heyyy..rahsia la. nnt korg tahu, malulah aku. korg tahu pasal crush je cukup ah. eh?

sebenarnya, bukan one sided love sgt pun. saja suka2. tersuka. hahaha. gedik pula rasa. tadelah. main2 je. ini semua duniaaaa! haha. satu je cara kau boleh mengamalkan one sided love ni. (ecehhh mcm pro!) kau tak melampau. kau tak cemburu melampau. kau tak suka dia melampau. kau tak semua benda melampau lah. kalau agak2 kau nak cemburu tu, istighfar. gi solat ke. nangis dlm selimut ke. eh yg nangis tu, melampau. hahaha. so jgn nak melampau dlm bercinta ye adik2. kahwin je terus. <--- mufti amira. hahaha

eh. lupa nak bagitahu. aku ni manusia tau.bukan pari-pari. aku ada hidung. aku ada telinga. 2 tangan. 2 kaki. mulut. lidah. jantung. tulang. dan yg paling penting, aku ada hati. dan aku perempuan. sensitive dan perempuan memang tak boleh nak dipisahkan. cumanya, mungkin aku pndai sorok sikit. mungkin. nak ckp dekat sini, husna, jaga perasaan dan hati org ye..

oh..ceramah dekat diri sendiri. kali ni tak tahu nak ckp apa lah. ohh. setiap yg berlaku ada hikmahnya. dan ada sebabnya. jangan asyik nak guna perkataan 'kalau' je. ingat Allah. jgn salahkan atas apa yg dah berlaku. kalau kau salahkan keadaan sekeliling, maknanya kau salahkan takdir Allah. usaha sendiri untuk mengubah yg tak baik itu kepada yg baik. better life.

dan jangan hanya mengikut saja. hidup ni ada pilihan. bukan ikut semata-mata. Allah bagi akal utk berfikir. otak tu fungsi dia bukan hiasan. pilih yang terbaik. satu masa, kau ada buat pilihan yg kurang baik, perbaiki. bukan salahkan diri sendiri atau org lain. pilihan yg kau buat tu, merupakan pengalaman dalam hidup kau.

jangan ikut arah tuju hidup manusia lain. mereka dengan hidup mereka. kau tak boleh jadi mereka. kau adalah kau. biar tak cantik, biar tak genius. kau adalah kau. cuma perbaiki hidup kau. jangan nak sedih bila ada org tak suka kau. fikir dalam2. kau pun ada tak suka org lain. jangan mengaharapkan bahagia sentiasa dengan kau. sedih juga perlu untuk memberi peringatan dekat kau. ini hidup kau. rancang dengan baik. kalau nak buat jahat, buat. semuanya kau yg tanggung. kalau nak buat baik, silakan. tak ada siapa yang mengahalang.

jangan jadikan org sekeliling penghalang untuk kau capai sesuatu perkara. jangan sakitkan diri sendiri. kalau ada sorg lelaki. kau dgn kawan kau berebut. lepaskan je lelaki tu. jgn suka dah. lupakan. dan teruskan hidup. (ini contoh. tak ada kena mengena dgn diri sndiri) hidup ni senang,kalau kita jadikannya senang. susah itu pun salah satu kesenangan. panduan kau jgn lupa.

hanya kau yang layak merancang hidup kau. selebihnya kau serahkan pada Allah. org lain ada hidup sendiri. biarkan mereka atur hidup mereka. ingat. hidup ni bukan ibarat bahagiamu deritaku. tapi, bahagiamu bahagiaku. dan, nangis itu perlu dlm kehidupan. untunglah bagi sesiapa yg mudah menangis. (ayat pasrah,sebab susah utk keluarkan air mata. sadis.)

selamat mengharungi kehidupan ini kawan2! chaiyookk!

dan tajuk sangatlah tiada kena mengena. -..-

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam