dont be rude, dear!

bismillah,

tadi, saya, pergi, tengok, superman, the man of steel. haha. cerita2 macam ni, biasalah, kalau tak 2 jam mesti 2 jam setengah. pffttt -.- tapi hati dah memberontak nak tgk, layan jelah.

lepastu tgk sorg2. haha gila psiko kan? kawan2 yg lain tgk monster university tu. I tak minat sangat. kah3. menyanggup kau husna.

komen dekat cerita tu. ermm. 3.5/4 stars out of 5 lah. seronok tu seronok lah sebab aku suka. hahaha. "it is not 's'. it is symbol of hope" haa gitu. org2 dekat krypton tu semua sudah ditentukan nasib masing. yang ini jadi pekerja. yang ini jadi tukang, yg lagi satu jadi tentera. so, walau apapun yg terjadi, mereka tetap akan jd apa yg diinginkan. apa yg telah ditetapkan.

bak kata ayah dia, Jor-El, "mcmna kalau seseorang anak itu, mahu menjadi lebih lagi dari apa yg telah ditentukan?" ermm. masuk akal jugak. macamne kalau seseorang tu nak jadi lebih lagi dari apa yg mereka jadi. *thinking chair*

part yg sedih, (amboi cte superman pun ada sedih) hahaha. masa ayah dia bagi nasihat dekat dia. dia tahu yg dia bukanlah anak kepada pasangan peladang tu. dia dijumpai di dalam roket ke ape entah kapal dari krypton tu. ayah dia/si peladang tu, bagi nasihat supaya dia teruskan generasi mereka utk jadi peladang. and dia taknak. dia kata "you're not my father. why should I follow what u want me to do" pfffttt -.-  (nak tahu cerita selanjutnya, sila tonton).

awak. awak dan awak. walaupun yang sekarang ni, yg tengah duduk dgn awak ni, bukan ibu bapa sebenar awak, bukan yang kandungkan awak, but please show some respect to them. kalau tak ada siapa yg jaga kau, boleh kau hidup selama 10 tahun? boleh kau hidup selama 20 tahun? ahh entah-entah 2 hari pun tak sempat.

Allah yang beri kita oksigen. tapi kita perlu bantuan juga. kita perlu tempat berlindung. kita perlu makanan. kita perlu segala-galanya. boleh hidup tanpa ada org jaga kau? boleh?

nak jaga anak, alahaiii susahnya. lagi2 anak2 zaman sekarang. Allahu. banyaknya cabaran. banyaknya dugaan. mestilah aku tahu. aku antara anak2 zaman sekrang. yang selalu buat ibu ayah risau. aku sedar.

manusia mcm cerita atas ni ada 3 jenis ;

1) dia tak suka kenyataan dia anak angkat/anak tiri/ bukan ibubapa sebenar yg jaga dia. dia nak ibu bapa kandung dia.

2) dia tak suka dengan ibubapa kandung dia, sebab baginya, mereka telah buang dia. mereka taknak jaga dia.

3) dia benci kedua-duanya. bagi dia, org2 dahulu tiada masalah.

awak golongan yg mana? ? ?

pertama, apa hak kau, untuk tak suka org yg jaga kau. untuk membenci org yg dah bela kau. untuk menyakiti org yg dah kutip kau. apa hak kau? kan banyak cerita sekarang ni, bila dah besar, dia baru tahu yg dia bukan anak sebenar sesebuah keluarga tu. lepastu marah. lepastu lari rumah. who the hell are you? kau tak ada hak. kau kena sedar, betapa susahnya dia cari duit nak tamping kau, yg bukan dari darah daging dia. sedar sikit. kau ingat masa kau baby, kau tak bnyak ragam? kau ingat kau tak perlu pergi sekolah? kau ingat duit tu macam rumput belakang rumah kau? fikir sedalam-dalamnya sebelum kau buat sesuatu perkara.


kedua, apa hak kau, nak judge seseorang yg kau tak tahu cerita sebenar. yg kau tak hadapi bersama-sama mereka. kenapa kau kena benci ibu bapa kandung kau atas apa yg berlaku dulu kala. kalau mereka tak sayang kau, kalau mereka taknak kau, kalau mereka nak buang kau, dah lama mereka buat. dari dalam perut lagi. sebelum kau sempat tgk dunia lagi. masalahnya sekarang, kau sempat merasai nasi lemak antarabangsa bukan? apakah selama 9 bulan dalam kandungan tu, masih tak membuktikan yg sebenarnya mereka sayang kau? apakah sakit perit yg ditanggung selama berada dalam labour room tu tak membuktikan yg mereka sangat merindui anak mereka? kadang2, banyak sebab yg tak terungkap. yang tak perlu diungkit kembali. yg kau tak perlu tahu. duit. pengorbanan. apa yg kau tahu? kau baru hidup masa itu...sedarlah kawan

ketiga. tak semua org perfect dear. dalam satu2 masa, ada juga melakukan kesalahan. maafkan dan teruskan hidup dengan kasih sayang. tak susah. senang sangat. hati bersih, hidup tenang. ingat tu

mungkin lah, bila ada yg baca ni, akan ada sotsetsotset yg ckp "kau boleh lah bg ceramah. kau tak alami." hahaha. ye. memang aku tak alami. aku punya nasib, baik lebih sikit dari korang. tapi aku tetap sayang mereka. semua. kenapa? sebab aku tahu, mereka semua sayang aku. aku percaya. aku yakin. walaupun kadang2 syaitan datang, menghasut hati dan fikiran. biasalah, manusia. syaitan pula suka menghasut. kena kuat iman lah. itulah yg aku cakap, percaya dgn diri sendiri, yg mereka sayang kau. percaya je. Allah yang tentukan kita semua begini bukan.

haaa.. sebab tu lah, aku tak suka cerita hal keluarga dekat sini. aku akan jadi marah. marah dengan budak2 yang tak pandai hargai. aku pun, bukanlah baik mana. cakap kasar2 jugak dgn ibu :'( my bad. aku ingat aku bdak kecik lagi. arghh husna!tapi tolong. hargai sesiapa yg pernah ada dgn kau. yg lahirkan kau ke. yg tak lahirkan kau ke. tanpa mereka, who are you dear? nobody.

aku bukanlah perahsia. org Tanya, aku jawab. entah. bagi aku, pengalaman. everybodu should know. mungkin satu hari nanti, jadi kepada mereka, dan mereka tahu, apa yg perlu dibuat. selepas baca cerita atas ni, please, three words for you. "don't assume, ask." or maybe 4 words.do not assume, ask. hahaha.

that's all. goodbye. goodnight. sweet dreams! excited to the max fo tomorrow! bebigirls and smakl's jubli perak. ! wish us all the best :)

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam