teacher(S)

bismillah.,

korg ingat lagi tak siapa cikgu korang masa darjah satu. (amboi. tak cukup bercerita dekat twitter, dekat belog pun nak cerita. hahaha) haa. aku ingat. cikgu matematik aku. nama dia cikgu norizan. dia suka panggil aku 'amiratul! amiratul!' haha. cikgu ni. nama pendek saya ada, nak jugak panggil nama panjang.

naik darjah 2, guru kelas aku, cikgu rohani. dia kenal aku. sebab 10 or 5 tahun sebelum tu, abg aku sekolah dekat situ jugak. lama kan?! abg aku ni kira agak dikenali jugak lah. sebab nakal kot. entah. hahaha. kalau dia nakal, aku lagi bertambah tambah nakal. mih3. masa darjah 2 ni, bakal cikgu aku darjah 6 nnt, dah siap carik aku dah.. "mana adik ujang?" haaa..nampak tak tu? sebab kteorg 2 beradik. jauh sangat beza. abg aku dah lama tgglkan alam skolah rendah, tiba2 aku muncul. toinkk. tu yang macam legend tu. kahkahkah.

ada satu hari tu, aku main glitter. alaa yg kilat2 tu. bila dah penuh dekat tangan, aku sapulah glitter tu dekat muka. tiba-tiba cikgu rohani ni panggil ke depan. dengan muka berkilat-kilat tu, aku pun ke depan. kawan2 pandang semacam je. tapi, dieorg tak kisah sangat. husna. kalau tak buat benda bodoh, bukan husna lah tu. last2, malu nak gi kantin. sebab muka kilat2. ada air sirap dlm botol. suruh kwn tuang air sirap dlm botol tu, then, sapu kat muka. busuk sangat kan perangai. mcm anak org asli dah bila ingat balik. HAHAHA.

naik darjah 3, tak ingat nama cikgu tu. seriously, wa tak ingat. sebab cikgu tu garang. betul!. haha. lagi2 masa tu, dia tengah mengandung. uuuuu lagilah bertambah-tambah garang kan? aku asyik kena ketuk ketampi je. sebab selalu bising dalam kelas.tak buat homework.kacau kawan2.  ketuk ketampi tu, bukan sekadar 10/20 kali. tapi 200-300 kali. aku sorg je pulak tu selalu kena. *nangis* gila tak kuat kaki aku! hahahaha. berdiri luar kelas pun selalu. ohh mungkin cikgu ni tak tahu kelegendan aku kot.

darjah 4. cikgu mastura. cikgu ni muda lagi. maybe around 30s kot time tu. dia baik sangat. sangat sangat sangat baik. suka lah melayan budak2 ni. dia ajar kemahiran hidup. seronok. dia bawak kteorg jalan2. pergi pameran2. geng2 aku lah dapat ikut. sebab mak2 kiteorg kerja felda kat depan tu. senang nak pergi mana2 kan.

naik darjah 5, lupa sangat nama cikgu tu. tapi cikgu tu baik. cikgu nor. nor ape entah. ahh tak ingat. dia kawan baik dengan cikgu lagi sorg tu. nor jugak. ermm. kte pggl cikgu nor jela eh. ckgu nor ni, masa first time aku kenalkan diri, dia ckp "muka kamu ni mcm muka budak pandai". hahahahhaa. cikgu, saya pandai masa upsr je cikgu. spm ke laut. haha.

darjah 6. ada ramai cikgu. tp kebanyakannya cikgu lelaki. ckgu kelas aku, yg masa aku darjah 2 tu pernah cari aku. cikgu mokhtar. dia baik. dia rapat dgn geng2 aku. kteorg tusyen kat rumah dia. dia akan buat apa saja supaya kteorg berjaya.

sekolah menengah. semua cikgu baik2. ada ke cikgu tak baik? hahaha. adoii husna. sebab aku bising kan dalam kelas. so, mungkin kewujudan aku dalam kelas tu, diketahui oleh guru2. mungkin mereka tak ingat aku sekarang. haaa gitu. cikgu hasbi. selalu tegur hidung aku kalau jumpa. "haa husna, hati2. nanti hidung tu langgar tiang" cikgu.... -.- sudahlah dia ckp kuat. lepastu dekat tmpt org ramai. cikgu! itu sgt memalukan. sobs. dia cikgu bomba. baik dgn semua budak.

puan zainiah. puan madihah. pn rafidah. baik. baik sangat. sebab tu lah spm ke laut kot. tak dengar ckp dieorg dulu. ihiks. ustaz hamdi. ustaz abduh ustaz sani ustaz azhari. 4 ustaz ni. dalam banyak2 ustaz yg pernah ngajar aku, 4 org ustaz ni lah yg aku rindu. selalu bagi kata2 semangat. seronokkan ada ustaz yg memahami. walaupun kadang2..erghhh c'mon ustaz. chill laah! kannn?! hahahahah.

naik kolej. semua cikgu okayh. entahlah. sebab aku behave kot. hewhewhew. lagipun, kami dah besar. cikgu2 layan mcm org besar. tade lah pressure. tu yang seronok naik alam universiti ni. hihi. lepastu kami ni asasi. macam rapat sikit berbanding diploma. pusing pusing pusing situ jugak. haaa. macam tu lah.

kita selalu tak puas hati dengan cikgu. kita selalu cakap yg cikgu tu selalu tak memahami kita. haha. mestilah. cikgu tu cikgu. cuba letak diri kita kat tempat cikgu. apa yg kita rasa. minggu ni cuti lama. ramai budak2 nak balik. but the thing is, hari jumaat tu ada mentoring. cuti daripada selasa and kene tggu hari jumaat petang baru boleh balik. semata-mata mentoring. ramai budak tak puas hati. bagi yg mcm aku, tak kisah. sebab rumah kami dekat. dekat tak dekat lah. tapi mcmne kalau yg duduk dekat terengganu,johor dan lain2?

satu. cuba kita jadi cikgu tu. dia dah bersusah payah sediakan masa khas untuk mentee2 dia. luangkan masa bersama. bukan senang nak cari masa. semua org sibuk. entah2, dia dah tempah apa2 yg patut/sediakan apa yg patut, utk 'hari tu'.

dua. kita pelajar. kena tahu tu. kita pelajar. macam dulu. senior junior. kita junior. walaupun senior buat salah, kita jgn ikut. tp bila kita dah naik senior, suka hati kita lah nak buat apa. mcm tu jugak dlm kes ni. kita pelajar. kita kene dengar cakap guru. ckgu. lecturer. hormat mereka. sebab kita pelajar. kita kena ada sense of ermm..of that lah. sense of students. kita kena sedar diri kita. kedudukan kita. mana kita berdiri. kita bukan org besar lagi. kita masih mengharapkan mereka dlm memberi ilmu. kan? mereka tetap guru kita.

pheww. tp kesian jugak dekat kawan2. aku tak boleh ckp apa. sebab aku senang balik. rumah dekat. transport ada. aku tak rasa mcmne yg lain rasa. berapa lama dieorg tak balik. beapa lama dieorg tak jmpa family. tiap2 mggu luangkan masa bersama keluarga. jd aku tak dapat rasa apa yg mereka rasa. jd aku tak boleh nak ckp lebih. walaupun aku tahu, aku dah bebel banyak dlm ni.

gtg now! assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam