bestfriends are like stars.

bismillah.

tajuk kali ni macam matang kan? kannnn. haha. taknak cerita pasal kawan baik pun. saja buat tajuk yg mcm tu. adalah jugak kene mengena sikit.

korg ada kawan baik? ramai? lelaki ke perempuan? sekepala tak dengan korg? best kan kalau dpt buat jahat sama2 dengan dieorg. rasa mcm heaven sangat. hahaha. masa sekolah rendah, kita ada kawan baik. kteorg berenam. campur lelaki, ermmm ramai jugaklah. kira satu gang lah. lepak sama2. amboii ustazah lepak kedai mapleyy. haha. naik sekolah menegah, ermm ada bebigirls. ada form5. haaa..semua BFF lah katenyaa. masuk kolej,selain 12 org tu, semua kawan baik. sebab semua baik. tak ada yg jahat. semua dah besar kan.

tapi, dapat tak korg bayangkan, tiba-tiba satu hari nnt, org yg korang minat, minat betul2. bukan crush. kira mcm jihad lah. yg betul2 korg suka. haaa tiba-tiba mamat tu minat kawan baik korg. kawan baik. bukan kawan biasa. BAIK. sebenarnya tak terjadi pun lagi dekat diri sendiri. kalau terjadi, takkanlah nak cerita kan. ni sebab tak jadi.

pertanyaan ni, daah laaaaama aku tanya khaleeda. masa awal2 masuk kolej dulu kot. dah lama sangat. sampai dah lupa. minggu lepas, satu hari ni, tiba-tiba termimpi pulak. mimpi yang memang betul2 sentap lah. aku, jadi watak aku dalam tu. dan org yg aku minat, minat dekat kawan baik aku. tapi, semua org tak tahu yang aku minat mamat tu. haaa gitu cerita dia.

haaaaa..lepastu mesti korg expect kwn baik aku dlm mimpi tu khaleeda kan? kan? bila aku cerita kat org kan, perkara pertama sekali dalam fikiran dieorg, khaleeda. haaaa apa lah korg ni. kan aku ckp kawan baik aku ramai. khaleeda tu, my other half. identiti semua watak dalam mimpi tu, dirahsiakan. mihmihmih. (takkanlah aku minat adik angkat a.k.a A bukan nama sbenar khaleeda pulak. -.- )

lepastu dah subuh. bangun2 je, mmg tak boleh tidur balik. rasa mcm sedih sangat. sangat. duduk depan cermin, nak ambil wudhu'. termenung depan cermin tu. nampak tak sentap sgt tuh. rasa mcm nak nangis, tp tak nak pun nangis. memanglah mimpi tu mainan tidur, tapi sentap dia tu. masya Allah. kena rasa sendiri.

sebab tu lah, kita kene cinta Allah dan Rasulullah secinta-cintanya. setinggi-tingginya. lepastu mom(s) and dad(s). lepastu, jgn bg harapan dekat diri sendiri tinggi-tinggi. nnt, kalau jatuh, kecewa. kalau dulu, tak kisah sgt. sebab dulu, kalau suka pun, suka main2. tapi sekarang, ehhh..tak tak. maksud saya, kalau sekarang takkanlah dah besar panjang mcm ni, ada lagi yg suka main2? takkan?

yelaa..kawan2 baik aku semua baik2. cantik. putih2. licin2. sopan2. ayu2. pandai masak. pandai mengemas. manis. aku nih? ke dapur pun jarang. ermm. sebab tulah bila dtg mimpi tu, mcm sennnnnntap sgt. dlm mimpi tu, adelah kisah yg berlaku. malas lah aku nak ceghita. knape aku rasa, mcm 2 post belakangan ni, aku asyik nak merendah serendah rendah diri je ek? jgn husna jgn. diri sndiri tak suka. knape ha? nnt self esteem kurang. takmo gitu. ckp dekat diri sndir 'kau gadis hebat' cakap sekarang. husna..jgn ulang masa lalu husna. ni bukan rendah diri. ni tak percaya dengan diri sendiri. jangan mcm tu. jangan. please. :')

semoga Allah kuatkan hati saya, bila perkara dalam mimpi tu nak terjadi. semoga saya tabah. semoga saya dapat terima kenyataan. semoga iman saya kuat. semoga saya melebihkan kawan baik saya daripada diri sendiri. semoga saya kuat mcm iron man! dan akhir sekali, semoga saya dahulukan cintaNYA dahulu dan cinta kekasihNya. cinta parents saya. dan selepas itu, barulah kita fikir cinta yg kemudian. mihmihmih. Aminn~

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam