homeless

Bismillah.

Percaya tak, aku nak update post kali ni pun, dah tertidur tidur tersengguk. Mengantuk tahap apa je. Alhamdulillah, esok talde esaimen atau presentation atau mid term masa kelas. Fuhh.

Seronoklah. Gila tak seronok? Haha Lebih kurg 40 (minis plus) org yg pergi. Mula2, ckp dgn qila, "kita nak satu kump dgn abg yassir tau" pastu abel gelak. Abang?? Dieorg pggl ustaz. malu. Nasib baik aku tak pernah pggl dia. Gila gedik tiba2 pggl abang. Hahahaha.

Gambar? Haa pnjg cerita nya. Aku mmg tgkp banyaaak gambar. Banyak sangat. Bila dah tgkp satu gmba, aku ckp dlm hati 'ha ni nak cerita dlm blog'. Tgkp gmba lain, ckp mcm tu jugak. Sampai lah satu masa, aku sedar yg aku tgkp gmba tu bukan dgn kamera aku. baru nak fefeeling jd profesional photographer. Geeezzzz.

Jadinya, kita bercerita tanpa gambar lah. Ouh kami pergi homeless. Alaa yg gelendangan whatsoever tuuu. Hahha. First time pergi, mcm2 yg aku blaja. Dan aku malas nak tulis skrg, sbb haemophobia aku tiba2 dtg. Esok aku sambung cerita. K? Kenapa haemophobia? Aku cerita esok jugak. Adios.
......................................

Okayh. Dah esok. Haha. Boleh pulak mcm tu. Apa yg aku cerita nnt, bahagian aku saje. Apa yg aku alami. Mungkin ada org yg alamai lg banyak perkara kan. Erm. Biarkan. Haha.

Pergi pukul 4 mcm tu. Biasalah melayu. Takpe. Aku pun antara org melayu. Haha. Nasib baik tak sesat dan tak jammed. Gituu. Sampai2 je dah azan asar. Kira tak lari lah masa tu kan. Fuyoo. Hahaha.

Mula2, semua pergi solat, lepastu ada org tu ckp2. I mean dia bagi talk. Pasal benda yg nak buat ni lah. Hahaha. Apa benda kau ni husna. Haha. Lepastu ape eh? Hahaha. Sbelum maghrib, dieorg tunjuk bilik. Haa tmpt kteorg tdo. Bla bla bla bla..dah pukul 10 malam. Hahahhahahahaa.

Bila dah pukul 10 tu, dia suruh masuk dlm kumpulan. Disebabkan aku tak sama kumpulan dgn ermm abg..eh tak ustaz yassir, jadi aku sama kumpulan dgn najib. Hahahaha. Sorry sorry. Saje je. Hahaha. Astaghfirullah, bilalah kau nak berubah ni? Okayh2 serius balik.

Kteorg pun gerak. Jumpa macaam macam org. Banyak benda yg aku perhatikan. Banyak benda yg aku rasakan. Banyak benda yg aku imbas balik. Banyak. Buat aku pandang diri aku balik, tanya dgn diri sendiri, 'kau nak apa lagi dlm hidup?' And the rest is history.

Sama2 kena ubah. Bukan setakat pihak yg bertanggungjawab je. Tapi diri sendiri sebagai watak utama (homeless tu sendiri) kena tekad utk cari hidup yg terbaik bg mereka. Sebab apa yg kita tgk tu, semua dah besar. Dah tua. Tapi berdaya. Cuma, tu lah aku ckp. Kena sama2 yg bangun. Org yg menolong dan org yg ditolong. Kalau satu pihak je tepuk tgn, tak guna jugakkan?

Unless lah kalau budak2 kecik. Haa. Pagi tu cerita dia mcm ni. Semangat gila aku bangun pagi. Pukul 3.45 tu. Hahaha. Tidur pukul 1 lebih2 pagi. Tidur dlm aircond. Pastu terus mandi air sejuk. Gila tak menggigil? Hahaha. Turun2 bawah, takde siapa2 lagi. Masa tu pukul 5. Bila semua dah berkumpul dan dah kena panggil, aku arifah dgn abel, masuk kereta nad. Tidur. Sungguhlah tak senonoh kan. Hahahaa. Yg penting seronok gila. Tidur. Mestilah seronok.

terjaga pun sebab sebab dgr suara2 lelaki. Ulang alik amik barang.

Bangun2, tgk semua tgh sediakan mknn, sekali aku nmpk dekat hujung tu, ada bdak2. Selekeh gila. 'Bukan anak2 sukarelawan ni. Eem mesti homeless. Amboi awalnya bangun. Tidur mana?' Aku tanya dlm hati je. Haha. Malas nak bertanya masa tu. Baru bangun tidur kan. Hahaha. Azan, semua pergi solat.

Nak dipendekkan cerita, lepas subuh, tiba2 ada bdk lelaki comot (bdk homeless tadi) melompat lompat. "Luqman dah solat .Yeayeay!" Dan dia ulang ulang dan ulang lagi sambil melompat dan berlari dan memeluk semua org dan bercakap benda yg sama. Eksaited dia tu..haaa kau. Haha mcm bila solat td, kau dpt hadiah. Faham?

Memang kita tahu, ada pahala. Kita rasa bdk tu pun tahu. Tapi, kita tak nampak pahala tu. Kita tak nampak ganjaran tu. Bagi seorang bdk kecik mcm dia yg tak ada rumah, how come dia boleh seeksaited sedemikian seolah olah dia nampak apa ganjaran yg akan dia dpat. Budak mcm tu pun boleh fikir mcm tu. Apa lagi yg org2 dewasa dan tua yg berkemampuan ni nak bila mereka tak tunaikan solat? Malu dgn bdk kecik yg takde rumah ni.

Aku tgk dia melompat tu, hahaha sampai dia duduk balik kat tmpt asal dia kat tepi pintu tu. Hahaha. Comellah. Lepastu aku tak buat kerja lagi. Dah lah bungkus mknn aku tak buat. Tuang air pun bukan aku, bagi mknn pun aku tak buat. Apa nak jd husna? Aku akhirnya duduk di tepi sambil melayan anak sukarrlawan tu main game.

Ouh bukan sbb dia pakai jersi MU , aku layan dia. Haha. Aku terlayan. Bila fikirkan balik, pandai gak aku layan budak2. Hahaha. Pergh. Ingatkan husna tak suka budak2. Siapa cakap? Budak tu siap cari aku lagi. Elehh. *flips hair* mungkin sebab aku dah ada anak2 buah kot. Dia tiba2 tertukar jati diri ye. Hahahhahah. Ok lari topik pulak.

Skrg, hari isnin ni, aku bangun pagi td, aku terfikir pasal budak2 yg adik beradik homeless tu. Aku bangun, siap ada 3 bantal lagi disekalikan dgn selimut dan seekor bear. Dieorg? 'Tak adillah kalau nak bandingkan dgn diri aku. Sebab aku bukan homeless..'

Sebab tu kena bandingkan dgn diri kau husna. Sebab kau selalu tak bersyukur. Kau kan banyak mengeluh. Bukan setakat mengeluh, tapi merungut jugak. Tanpa kau lihat org yg berada di bawah kau. Jauh bawah sana. Kau asyik pandang atas. Kau asyik nak capai benda yg kat atas, sampai kau lupa kau pun kena kutip benda dkat bawah. Kan?

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam