9 january

Bismillah.

Hey! Kita dekat rumah. Kita cuti seminggu sempena birthday kita. Kita happy. Motif happy? Mcm takde motif sangat. Sebab mati makin lama makin dekat kan?

And the party was awesome. Thnks to my friends yg bertungkus lumus menyiapkan party tersebut walaupun masing2 sibuk dgn esaimen. Exam dan macam2 lagi.

Mula2 risau sangat, mknn tak cukup lah ape lah. Budak baru belajar nak buat party, tak reti lagi nak budget makanan kan. Makanan yg ada masa malam tu, bihun, nasi goreng. Fries. Hotdong. Dan buah buah bersama coklat fountain dan marshmellow. Macam mana eja marshmellow? Lantakkan.

Rumah pula didecorate oleh hilda dan teha. Dan dibantu oleh semua puteri AiB. Menampal menggantung mengangkat kerusi meja dan sebagainya. Akhirnya jadilah rumah bertemakan pink dan purple. Awhh :') dan tidak dilupakan belon yang baaaanyak!

Ok. Malas nak tulis dah. Nah amik gambar.






Gambar atas ni kan ada  'omg' dgn 'islam'. Cerita dia mcm ni. Tgh2 pilih batang nak tgkp gmba nampak 'islam' tu. Terus capai. Haa nak tgkp gmba fakhrul islam lah. Hahahaha. Motif? Sbnrnya 'islam' tu nak buat 'i love islam'. Jauh menyimpang pulak maksud 'islam' yg aku pegang tu. Hahaha.



Lepas semua tetamu dah balik, kiteorg pun lepak dkat depan tu sambil arifah pasang video. Awhh ;') sweet angat. Banyak gamba aku ofkos. Dan ucapan dari mereka. Yg tak boleh bla, ucapan dari kakak mimi! Mann rinduuu.....



Dua gamba atas ni pada keesokan harinya pulak. Haa pada yang betul2 9 january tu. Ouh lupa nak ckp kat atas tadi, party ni dibuat pada 8 january, 9 mlm. 


Itulah keseluruhan cerita sambutan birthday saya. Tapi aku ni kalau sambut birthday seminngu sebelum dan selepas. Pada hari sabtu mggu tu, kiteorg pergi gua. Makanya, masa nak masuk gua tu aku gi nyanyi lagu 'sanah helwah ya jamilah'. Biar kelawar2 tu tahu yg pada minggu tu minggu hari jadi aku. Ouhh cerita gua kita postpone ye. Sbb ada banyak gmba. 

Harini hari ahad. Balik rumah utk bercuti. Ibu belanja makan. Beli kek semua, pergi tmpat mkn. Org tmpt makan tu siap pasang lagu 'happy birthday'. Malu tahuk. Dah 20 tahun pun still sambut. Hahaha. Nasib baik bawak anak2 buah. Nampak mcm dieorg lah punya birthday celebration. Hahahaha. 

hadiah pulak. The girls gave me a teddy bear. Pink okayh. Hahaha. Haa yg mcm gmba kat atas tu. Lepastu ada hadiah2 sampingan lain drpd kawan2. 

Ouh cerita pasal hadiah. Bila ingat balik, malu tu dtg balik. Sebab tu aku buat2 lupa. Benda yg lepas jgn dikenang ye dok? Hahaha. Yela, dgn tak ckp thx nya
 Dgn main amik je. Ishh husna!. Lepastu balik rumah meraung raung malu. Terpaksa abel dengar rintihan malu aku. Lepastu Su gelakkan. Tak kelakar tau su. 

Oh itu saja cerita utk hari ini. Anyway, selamat hari jadi husna. Moga dimurahkan rezeki. Menjadi anak yg solehah. Menjadi kawan yg setia. Disayangi semua orang. Berjaya ilmu dunia dan akhirat. Dan dapat mencapai apa yg dihajatinya. Semoga berjumpa dgn jodoh yg baik dan menjadi hambaNya yg taat dgn segala perintah. Jgn sakitkan hati org. Sayang kawan2 sebagaimana kau sygkan diri kau. Ibu ayah apetah lagi. (Walaupun kwn kau tu suka crush kau) ahaks. 


Till then, assalamualaikum! 



Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam