cuti sem [PART 2]

bismillah.

title: Solehah kan?? *angkat kening*

minggu kedua cuti dan minggu kedua bekerja takdelah mencabar sangat tapi lagi kalut drpd minggu pertama lah. disebabkan ketiadaan kak rahma, kak mar atau mana2 bibik yg pernah bekerja dengan kami. (mcm ramai. padehal dua org tu je)

dan sebelum ni, kalau kak rahma balik indonesia, kakca still ada dekat rumah membantu ibu membuat segala kerja rumah. dan skrg, kakca dah pindah..manusia utama dan pertama yg perlu membantu ibu sudah semestilah aku kan? ye betul. sebab aku anak dara. hahahahaha.

sebenarnya, takdelah penat sangat berbanding ibu yg buat segala benda. tp disebabkan aku ni dah terlalu dimanjakan drpd dulu..semua kerja aku rasa susah. padahal kalau dkt hostel, tanpa ibu atau pembantu yg lain...aku boleh je buat sendiri. kecuali memasak. urgh. (masak simple2 like sardin and maggi tu pass okayh. takpelah future laki. kita makan sardin jelah hari2. ogeh?)

benda2 tu jadi dah biasa bila dah masuk minggu ketiga ni. bangun pagi, solat. lepak2 jap sementara ibu masak. sediakan meja. mandi. sarapan. kalau ayah ada masa, dia basuhkan pinggan. kalau tak pinggan2 tu letak je dlm sinki. dan kami akan pergi kerja.

balik kerja, bukak tudung terus basuh pinggan kemas dapur sebab kejap lg ibu nak masak. lepas settle kemas dapur, naik atas, angkat baju yg ibu dah jemur sebelum subuh pg td. lipat2 masukkan dlm almari. lepak2 tggu ibu habis masak. berebut bilik air dgn semua org walaupun dlm rumah tu ada 3 org je. lps solat maghrib/isyak..makan. tlg ibu kemas dapur. lepak2 depan tv. pukul 10 lebih2..pergi gosok baju kalau rajin. kalau malas gosok pg esok. kalau ibu penat sgt dia mintak tlg gosok. kalau tak dia gosok sendiri sbb baju dia, hanya dia je reti gosok.

settle. hahahaha. utk pengetahuan semua, walaupun aku punya kerja sikit je apa yg aku ckp atas ni, percayalah dulu masa ada kakrahma, aku tak pernah buat pun. hahahahahahaahahah. like a princess...

itu lah. part 2 nya.

till we meet again.
love yea!

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam