besar nanti jadi apa?

bismillah.,

time tecik tecik..slalu org tanya kan, dik, dah besar nanti nak jadi apa?..kann? hahaha selalu tak org tanya korg? aku slalu lah jugak. aku pun naik bingung bila semua org tanya soalan tu.

apa muka aku ni mcm muka ada six sense ke, boleh tahu dah besar nanti, jadi apa. jadi jwpn yg aku bagi pun, kadang2 mengecewakan dan kadang2 membanggakan. biasalah budak2. hahaha.

sebelum aku masuk sekolah rendah, aku tak tahu apa tu cita-cita. bila org tanya, dah besar nanti,nak jadi apa? aku jawab...

 
polis. sebab ayah  polis. ayah selalu bawak balik pistol. aku suka. kadang2 lepas ayah keluarkan peluru, aku amik pistol tu,lepastu main tembak2 sorg2. feeling macam james bond. nyorok dekat sofa la,belakang pintu lah.hahaha. rindunyaaa :") lagi pula, ayah selalu bawak dtg tmpt kerja dia. nnt bila lalu, ada org tabik. hahaha. aku suka. main tabik2 dgn org. 

tapi ayah tak kasi aku jadi polis..

masa sekolah rendah, kene isi borang. dia suruh isi 3 tempat utk cita-cita. hamboii. agak sikit. blajar pun tak habis darab bahagi lagi kenn..jadi aku pun isilah..

 
 
arkitek. sebab masa tu aku suka melukis. ibu cakap,kalau suka melukis, boleh jadi arkitek. tak ku sangka pulak, cikgu suruh aku lukis kucing, jadi kambing. manalah aku tahu kan. darjah satu. jadi kotak nombor 2 tu aku isi....
 
 
doktor. hahaha. ni sumper lawak. aku suka tgk doktor tu check2 org, guna stateskop semua tu. jadi, aku letak lah sebagai cita-cita aku tanpa mengira yg aku ni haemophobia. bila naik skolah menengah, aku jadi biro kesihatan. masa tgh jaga bilik sakit tu,ada budak luka dekat lutut. haruslah ajk yg sapukan ubat kan? hehehe. nasib baik jaga berdua. partner aku lah yg cucikan luka tu, aku hanya mampu melihat nun dari sudut sahaja. maafkan beta. eh? hahaha
 
jadi untuk kotak yg ketiga pula, aku letak....
 
cikgu. hahaha. darjah satu kot. tak tahu lagi apa pekerjaan yg ada di dunia ni. yg aku tahu, ada cikgu mengajar aku. jadi tanpa fikir banyak lagi, aku letak lah "cikgu". tapi jgn terkejut, masa sekolah menengah pun, dari form 1 hingga form 5 kalau masa rehat ataupun cikgu tak masuk kelas lagi, aku pergi depan kelas. ambil marker pen. buat ncn dekat atas tu. ajar tambah tolak bahagi dan darab. itu jelah modal aku. pusing2..balik2 ajar benda tu. aku rasa aku nak jadi cikgu math sekolah rendah lah. :')
 
 
bila dah naik tingkatan 4 macam tu, lepas belaja pasal syariah islamiah, tiba-tiba...
 
 
 
 
 hati tergerak nak jadi peguam. peguam syariah. dgn apa yg berlaku dekat sekeliling. cerai lah. hak penjagaan anak lah. aku memang tekad nak jadi peguam syariah. sungguh nih. tapi, bila ada apa2, yg suruh aku ckp dekat depan, aku tak berani. nak memberi pendapat pun aku tak berani,apatah lagi membangkang. kalau setakat ckp dekat belog ni,boleh laahh..wa legend ah! hahaha.
 
 
jadi aku terfikir aku nak jadi apa lagi? boleh jugak ambil syariah dan jadi pegawai syariah yg bekerja dekat tempat peguam je tu kan. tayah jadi peguam. tapi entahlah. aku cakap dengan ustaz aku, aku nak jadi....
 



ustazah. ustazah. hahaha. aku jadi ustazah? ermmm untunglah anak murid aku..dapat ustazah rock kan?. tapi nak pegang title ustazah bukan main2. bukan semberono je. akhlak mesti baik. baru kene dgn title ustazah tu kan. setakat ustzah kongkang buat apa.
 
semua kerja susah. semua kerja perlu kemahiran masing2. ibu dgn ayah suruh kerja. terjamin masa depan. aku bukan anak raja. kalau kahwin dgn anak raja tape. eh? hahaha. jadi, kalau kau nak kahwin ke ape ke sambung blaja ke, kau harus bekerja lepas degree. ada pendapatan tetap. memanglah duit tak boleh memberi kebahagiaan,tapi tanpa duit,kita nak makan apa woiyt..jadi guru tadika pun susah..
 
 
 
dlm hal ni, tak boleh lah pulak kita samakan dgn org palestin. dekat Palestin,berperang. jadi pelarian dekat negara sendiri. nak cari kerja susah. sebab tu susah. susah juga carik mknn. sini, kita boleh cari duit. cari duit cara halal. lepas dah ada duit baru boleh sumbangkan. simple kan hidup ni. like abc. 123. jgn nak susahkan kepala otak. just follow the rules that Allah give. In sya Allah, Dia permudahkan.
 
so, nnt bila aku jumpa bebudak keik,atau kata senangnya bila aku dah ada anak, aku malas nak tanya dah besar nanti dia nak jadi apa. tunggu dia tahu apa yg dia nak dulu. kang dia jwb bukan2 kang, payah pulak nak explain. (nmpk tak seorang ibu yg malas nak explain dkat seorang anak.hahaha) asal dia tak jawab nak jadi sampah masyarakat sudah. bak kata kwn aku,jadilah org yg berguna..
 
adiosaaaa..! yadda yadda :)
assalamualaikum.
lots of love,
cik maira.  ihiks.

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam