my first ramadhan with my new life.

bismillah.,

here we go!
selamat menyambut ramadhan semua. semoga ramadhan tahun ini lagi bermakna daripada tahun2 lepas. ouhhmann. aku dah addicted kat lagu ni. ni semua sbb itepan suka pasang dalam kelas. and sesuka hati atuk aku je,aku pggl dia itepan. hihi. selagi mereka tak tahu...ape salahnya!
ohman,cuba bayangkan dia bukak lagu ni then dia menari. lawak k. tak tipu!
tahun ni puasa lain sikit berbanding tahun2 lepas sepanjang 5 tahun. tahun ni saya kene beli makanan utk berbuka sendiri. saya juga kena sediakan sahur sendiri which is, saya nak dpt kat mana pun saya tak tahu. dan saya pun tak tahu kalau saya bangun sahur atau tidak.
sprti yg anda smua maklum, khaleeda tak biasa sahur berat2,and berbeza dgn saya. dan disebabkan kat sini tak ada dewan makan,jadi..saya pun tak tahu macam mana ni. HAHA
saya rindu dewan makan sekolah saya. walaupun dia selalu bg ikan wonderpets. walaupun sayur dia asik lembik. i don't care. still,i miss them. rindu makan dlm tray. rndu rebut2 and all the things in there. makan dengan satu batch dekat bhgian paling belakang. and gosiipzz antara satu sama lain walaupun meja kami berjauhan. saya respect abg2 DM yg sanggup bangun pagi semata-mata utk tuangkan mknn kami dlm pinggan. saya respect akk muka garang yg bangun pagi utk masakkan lauk kami. ohh goshh.. juniors! please,appreciate that!
semoga tahun ni saya rajin buat solat terawih,kerana tahun2 lepas..solat terawih di sekolah memang diwajibkan. saya rindu bacaan quran drpd ust2 sekolah saya. walaupun ust2 tu baca lambat. walaupun kaki kami lenguh. walaupun saya merungut-rungut. solat terawih yg diimamkan oleh batch saya. yang kdg2 bile nak cepat..amboi laju naaa baca surah2. yg bila masa saya dan kwn2 malas nak solat witir. bajet rajin utk bangun qiamullail. witir ke mana,qiam ke mana alih2 atas katil.
semoga saya dapat konsisten dlm bertadarus alquran. sbb dekat sini petang2 tde perjumpaan dorm utk bertadarus. yang kami semua ketua2 dorm berebut-rebut,dorm mana habis tadarus dulu. yg seboleh-bolehnya setiap petang kami habis awal,utk mandi awal dan dapat amik makanan utk berbuka. dan bila semua lega sebab kita dapat baca satu quran dalam masa satu bulan. yg mana masa tu lah nak rapatkan ukhwah dgn adik2 dorm semua. yg mana masa tulah nak gurau2 dgn mereka. geletek2 mereka,gossipzz2 mereka.
semoga saya dapat menahan diri dan sentiasa bersabar..kerana saya sudah besar. dan saya sudah matang. i'm not 8 years old kid anymore. semoga gastrik saya tak dtg. semoga makanan sahur saya cukup. semoga sakit kepala saya tak dtg. dan segala-galanya. semoga tahap kesabaran utk melalui hari2 yg mencabar tinggi. semoga saya dpt menjaga mata. dapat menjaga hati. yee..semua :') 
hargai ramadhan kali ini, seperti kita takkan b'jumpa ramadhan utk tahun dpn yee. dan untunglah sang teruna. untunglah. ermmm..:) untunglah ibadah mereka tidak tersekat di tengah jalan. untunglah lepas raya tidak perlu memikirkan tentang ganti puasa. untunglah dapat membuat ibadah pada setiap malam. hargainya. tak best pun makan siang2 masa semua org tgh puasa. tak best. harap maklum. tapi,kami redha. we're powerpuff girls aite?. sbb tu Allah bg cuti :)
apa2 pun,maafkan segala salah dan silap saya. jika ada terkasar bahasa atau tersinggung perasaan. peace yawww!
assalamualaikum!

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam