i wish i wish i wish

bismillah.

and as always, kalau dekat rumah ni tak nama belajar lah cerita dia. dengan cerita2 best dekat tv lagi. ditambah pula internet yg unlimited quota data nya. syurga dunia betul. itu tak termasuk makanan2 dalam piti ais di mana setiap kali 5 minit kau nak bukak nak tgk mknn apa yg ada.

dan study week aku berlalu begitu sahaja.

oh di kesempatan ini, sempena raya haji esok dan hari arafah pada hari ni (hari ni kan?) saya ingin meminta kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas salah dan silap saya sepanjang anda semua mengenali diri ini.

aku ni mmg kurang di ajar sikit. lagi2 kalau duduk dekat kuis. yelah, dekat kuis semua org sopan solehah ayu sedap mata memandang. aku ni serba serbi kasar. tsk. bila nak berubahnya pun tak tahu. berapa org dah suruh berubah. tapi tak lut lut jugak ni. (patut laaaaah) hahahahaha.

dan sempena hari arafah ini (hari arafah kan? mann aku mcm bimbo gila.) jgn lupa doa bersungguh-sungguh. amboi selama ni doa tak bersungguh ke husna? yela, kalau sebelum ni, doa tak ada nama aku..kali ni letak lah nama aku. oh wait, bukan letak nama aku means letak dlm doa jodoh korg. HAHAHAHA. tp selitkan lah "Ya Allah, Kau berkatilah hidup Husna dan keluarganya. Kau murahkanlah rezekinya untuk membeli iphone 6s gold rose. Kau berikanlah dia jodoh yg baik. Kau berikanlah kejayaan kpdnya di dunia dan akhirat. Amin."

gituu. hahaha. terima kasih sebab dah doakan. saya terbalikkan balik doa tersebut kpd awak semua yg telah mendoakan saya. Amin.

(gigih k carik gambar letak dkt insta dgn caption doa tu. hahahaha.)

berbalik kpd soal doa. almaklumlah, dekat dlm rumah tu (kolej) dah ada yg kahwin. so pusing kteorg akan ckp pasal kahwin jugak lah kan. sama ada dalam nada serius ataupun main2. tp mcm biasa, kalau yg nada main2 tu aku sorg je lah rasanya. YANG LAIN DAH SERIUS OK. TGGU MASA JE OKAYH. ok. hahaha

haritu terbit soal doa ni. aku mula2 tnya soalan "bilaa aku nak dpt adik ipar ni..." (sbb masa tu wada nak g amik ipar dia dkt KTM) mcm tu. yakin k dpt suami yg ada adik. tak boleh bla. hahaha. sekali dpt pasangan anak bongsu jugak. kahkah padan muka. lpstu ada lah dieorg borak2 ceramah sikit..tiba2....tiba2 tau..hahahaha ada perbualan mcm ni lah lebih kurang..

Abel : ust ckp kita dah kena ada target nak kahwin umur berapa.

Cuna : mmg lah ada target. calonnya tu tak ada. hahahaha.

Abel : doa lah. kena ada satu nama dlm doa kita tu. (eh mcm mana entah ayat abel. lebih kurg lah mcm tu)

Cuna : tak ada nama lah. takkan tiba2 nak letak nama Abu kot. jauh panggang dr api kteorg ni. (bukan Abu tp ada nama someone yg lain)

Wada : takkan tak terlintas sesiapa pun yg kau suka. yg betul2?

Cuna : takde.percayalah. dlm hati ni tak ada nama sesiapa. (k tipu. aku tak ckp mcm tu..hahahaha) jwpn aku mcm ni.. --> tak ada. kan dah kena reject. hahahaha *sambil naik katil kuis2 bucu bantal*

Wada : yela. takkan lepas reject, kau tak ada dah perasaan walaupun sikiiiit?

Cuna : bayangkan eh. bayangkan kalau aku doa, aku letak nama izzue islam. apa pandangan korg?

Abel : izzue islam tu laki orang. jgnlah doa nak laki org.

Cuna : haa nampak. benda dia sama. takkan aku nak letak nama org yg dah ada org lain dlm doa aku walaupun mereka tak kahwin lagi. selfish apa tu?

dan semua diam.

faham tak sekarang? memang. memang jodoh semua di tgn Allah. tapi, tergamak ke kau sebagai perempuan jugak, letak nama lelaki yg dah menjadi bukanlah pasangan tapi org lain punya. ahh apa2 lah. haa tergamak ke korg? kalau korg rasa benda tu wajar, itu korg. bukan aku.

aku bukan nak berlagak baik ke (sbb doakan kebahagiaan org lain) apa ke. tapi kalau taknak fikir dari sudut lain pun fikirlah kalau benda tu jd dekat diri sendiri. tak best en, ada perempuan lain doa nak bersama dgn lelaki kita. kan?

dan  nama tu bukan senang2 kau boleh petik. hahaha. memanglah aku ni gatal jugak. pantang nama org hensem kan. hahahaha. tp dlm bab2 ni..ni soal masa depan dunia akhirat kot. hahaha. hensem tu tak bawak kemana. ceaaaaaaaaa poyonya kakcuna ni. kat sini je ckp mcm tu. padehal lpsni kalau jumpa lelaki hensem, melting balik. puih.

itulah cerita dia. rasa mcm kelakar pun ada jugak. wada pulak tak habis2 bg ceramah kahwin dia dkt aku. aku sorg je ke nampak mcm budak2 tak bersedia dari segala aspek ni? cis cis double cis. ciskek betul. kenapa semua org tak nampak aku sebagai wanita? hahahahahaha.

dah, jom sambung doa. yang penting doakan aku dpt kerja k. baru kahwin boleh buat gempak-gempak.




Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam