mengeluh ke?

Bismillah.

Kita taknak bukak cerita dah. Tapi kita nak cerita. Tp setiap kali kita teringat, mesti kita nak nangis. Srbab kita rasa semuanya tak masuk akal.

Ehem ehem. *betulkan tekak* hahahaha. Kan post sebelum ni kita ckp kita dah tak ada rasa nak sambut birthday kan? Cerita dia mcm ni...

Supposedly, 9 january 2015 tu pd pukul 3 ptg aku, ibu, wan, atuk dan pakcik akan pergi umrah. Memang dah rancang nak pergi tarikh tu.

Satu sebab, awal2 bulan, Mekah sejuk dan tak panas. Sebab kedua, birthday aku. Birthday aku kot. Aku mcm tak kisah sangat prosedur dia sebab aku yakin tak akan ada masalah.

Mahram aku, atuk. So, oklah kan. Cukup segala benda. Aku pergi cucuk vaksin dan tgkp gmba semua. Ibu pulak amik pakej yg agak double AA sikit. But i dont even care lah about the package. Kalau prgi yg biasa punya pun ok je. Tp disebabkan bwk atuk dan wan yg dah tua, so dia amik hotel yg dekat2.

Lepastu, kami pergi ke putrajaya untuk amik pengesahan mahram. Ayahmin terpaksa pos surat beranak dia dr johor utk tujuan pengesahan tu jugak. Ok settle. Aaa nak nangis.

Bila dah settle semua, ibu pun pergi ke pejabat travel tu utk buat pembayaran dgn hantar segala borang yg dia mintak. Nak dijadikan cerita, aku punya ditolak. Org tu kata aku punya tak lepas, sebab nama mahram lain.

Dia nak apa lg? Segala dokumen ibu dah buat. Atuk tu mahram aku. Ya Allah. Dia tu wali aku. Tau tak? Masa dpt tau tu, aku rasa mcm semua tak masuk akal. Org tu kata, aku kena pergi dgn nama yg dlm dokumen terkini aku. Mcm dalam IC dan pasport.

Wehhh my name on IC dont have 'binti' pun laaa. Aku nangis senangis nangisnya. Aku rasa lps aku keluar sekolah, aku tak pernah nangis teruk mcm tu. Aku tak dpt fikir apa dah. Sebab aku rasa semua benda tak masuk akal. Alasan yg diberikan semua merepek.

Yang secara syara' nya, dah mmg betul. Yg secara aliran darahnya, atuk lah yg paling dekat. Yg secara mengikut senarai wali pun, mmg itu lah. Dan aku rasa semua ni tak boleh diterima.

Bila tanya, kenapa dulu masa 2006, aku pergi senang je ? Dia kata sebab masa tu tak ketat lg. Dan skrg dia dah ketatkan kuota utk masuk ke tanah suci. Kalau ketat, dia akan betul2 ikut syara'. Ni apa benda ?

Mungkin yg bila baca cerita ni tak faham. Hidup aku ni tkdelah complicated sgt (tapi mmg pun). Cuma aku tak cerita secara menyeluruh je dlm blog ni utk menjaga kemaslahatan semua pihak. Ceh.

Berbalik kepada cerita tadi. Aku nangis sehari suntuk. Aku ingat lagi, hari tu hari khamis. Aku balik rumah, tapi rasa mcm aku bwk kereta tu di awang awangan je. Haha mesti semua tertanya kenapa aku sedih sangat.

1) siapa tak sedih bila kau kena reject utk pergi umrah. Ni umrah tau. Bukan pergi jln2 negara omputih. Ni Mekah. Rumah Allah. Madinah. Siapa tak sedih?

2) hari yg nak pergi tu, jatuh pd hari jadi aku. Aku mmg dah kosongkan tarikh tu dah.

3) mmg dari dulu lg aku nak pergi dgn atuk and wan. Abang dpt pergi dgn dieorg. Skrg, giliran aku pulak. Dulu masa pergi drjah 6, atuk and wan tak ikut.

4) yg paling penting sekali sebab utama aku sedih. Aku tak dpt pergi sebab benda yg tak masuk akal. Alasan yg diberikan sangat tak boleh terima. Mcm makcik aku ckp. Dibuatnya ayah aku tak ada, mcm mana aku nak pergi umrah? Kalau dgn ayahmin pun tak boleh. Masha Allah. Apa sistem ni? Apaaa?

Jawapan dia mmg senang je. Senang sangat.

"Husna, kahwin. Settle"

Apa org ingat, kahwin ni mcm main pondok2? Bagi aku, aku rasa, dgn kahwin tu aku hanya lari dari masalah. Bukan menyelesaikan masalah walaupun pd hakikatnya, mmg itulah jalan penyelesaiannya.

Tapi bila difikir fikir balik, perkara yg direject oleh kedutaan Arab tu hanyalah sebab semata. Pokok utamanya, Allah yg tentukan segalanya. Allah belum panggil lagi. Aku tak bersedia lg.

Haha. Lagi sedih kan mcm tu. Rasa mcm, Ya Allah, bnyaknya dosa aku, sampaikan aku tak dpt pergi rumah Kau.

Bila ibu telefon ckp aku punya permohonan ditolak, setelah bnyak perkara aku buat. Setelah aku berharap tggi, rasa nak baling bubur dpn mata je dkt dinding. (Sbb masa ibu kol, aku tgh mkn bubur)

Ibu ckp "Sabar eh dik. Nnt ibu bwk lain kali. Adik kan dah dpt keta utk hadiah hari jadi"

Nak je aku ckp, aku taknak kereta ke apa ke. Aku hanya nak pergi sana je. Aku sanggup kalau aku gadaikan kereta tu utk aku prgi sana dgn ibu, atuk dan wan. Tp aku tak cakap mcm tu. Aku kesian dgn ibu. Ibu dah buat mcm2. Ibu yg bnyk susah utk aku. Ibu yg laaagi bnyk makan hati dgn aku.

Tapi tak dinafikan, bila aku teringat balik, aku akan jd sedih. Aku takde mood. Nak nangis. Hahahaha. Cengeng husna.

Ibu kata, 'takpe dik. Nnt lps ibu balik, ibu bwk adik pulak. Kita prgi dgn ayah. Kita buat mcm mana yg dia nak'

Tapi aku dah langsung tak berharap. Sebab aku takut, bila masa tu sampai org di kedutaan Arab tukar pulak syarat. Dia tukar kpd anak2 dara kena pergi dgn mahram sebenar dan taknak ikut dokumen.

Masha Allah...susahnya. Yela undang2 manusia kan. Bertukar tukar. Aku selalu terfikir, kenapa aku ? Kenapa bila dah makin besar, makin susah. Kenapa bila dah makin besar, mcm2 perasaan dtg.? Kenapa aku?

Aku tak menyesal. Aku tak mengeluh. Aku bahagia. Aku bersyukur sebab aku yg terpilih utk berada disini. Tak setitik pun air mata aku keluar ni adalah utk apa yg terjadi pd diri aku. Aku nangis sebab pengurusan2 sekarang yg tak masuk akal utk anak2 dara seperti aku. Bendanya tak susah, tp undang2 manusia tu yg mmbuatkan bnda tu jd susah.

Kami ikut syara. Aku ikut apa Allah cakap. Aku tak pernah menambah nambah apa2 perkataan dgn nama aku. Aku tahu haram. Aku tahu. Tapi kenapa undang2 yg dibuat manusia menyusahkan kami? Kenapa?

Haa tgk, dah nangis. Benci. Hahahah. Aku kesian dgn ibu. Aku kesian dgn ayah. Yela kan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Marilah kita pikul sama2. Hahahahaa.

Lepas dah terjadi insiden ni, ayah tiba2 ckp "adik kahwinlah cepat2. Nnt prgi umrah dgn suami adik. Senang" (first time dlm hidup selama 20 tahun ayah suruh kahwin cpt. Woi selama ni ayah tak kasi kahwin lg! Hahaha)

Ha.ha.ha. yah. Kalau anak dara ayah ni laku takpe yah. Ni ayah ckp dkt org yg tkde calon masa umur dia mmg dah boleh kahwin. Ha.ha.ha. but i think this is not about marriage. I must do something about this. We must do. Apa guna aku amik syariah tapi aku tak buat apa2. Nak diam mcm tu je ? No way.

Walaupun aku tak tahu lagi nak buat mcm mana. But i know, the answer will come to me one fine day. I know. Selain drpd jwpn perkahwinan. Selain drpd aku kena berkahwin. Selain daripada tu.

Kesimpulan utk cerita aku ni..aku tak tahu hikmah dia apa. Aku tak jumpa lagi hikmah dia apa. Aku masih lagi dgn kesedihan aku. Aku masih lagi dgn tak boleh terima aku. Aku masih lagi tak redha dgn apa yg berlaku.

Ya Allah, bersihkan hati aku Ya Allah. Supaya aku nampak apa hikmah yg Kau nak beri padaku.

Nasib baik lah aku ni jenis yg senang tukar mood. Ish malulah kwn2 nampak alu tgh bersedih. Kalau baca cerita aku je takpe. Jgn nampak. Hahaha. Husna kan happy selalu. Cuma malam2 je sesedih. Biasalah...manusia. hahahahhahaha. Dah jgn risaukan cuna. Doakan kita supaya hidup kita dipermudahkan. Semoga kita dpt ubah apa yg perlu kita ubah mengikut syariah islam. Moga kita dpt cari jln penyelesaian dia. Moga kita akan dpt juga pegi ke rumah Allah satu hari nnt. Moga kita diberi jodoh yg baik. Eh? Hahahaha.

Kita masih lg tak eksaited nak sambut birthday. Jd kita mohon sangat supaya semua org tak perlu nak sambut birthday kita. Sebab kita takde mood sangat. Kita sedih ni. Hahahahhaha. Tu lah husna, lain kali jgn berharap. Ogeh ?

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam