12.18 AM

Bismillah.

sekarang dah pukul 12 suku lebih2. sebab tadi baru edit blog jual2 tu, dan aku kena gunakan ayat skema, jadi aku rindu untuk gunakan ayat tak skema dkt blog ni. dan aku tanpa membuang masa membuka kembali blog ini. dan aku rasa aku skema sekarang kerana aku dah ngantuk sangat. ok. fullstop.

aku rasa menyesal lah dengan diri sendiri. sebab asyik buat salah je dengan diri sendiri. hahaha.

sampaikan ke satu tahap yang dimana kau malas nak sambut birthday kau. aku tahu lambat lagi birthday aku. tapi selalunya aku akan eksaited sekrang. aku akan jaja cerita. (kalau tak eksaited pun, aku jaja cerita jugak birthday aku 9 January) haks.

tapi mungkin sebab aku dah banyak buat salah dengan diri sendiri, sampaikan eksaited untuk birthday pun hilang. haa dia baru hilang. baru minggu ni hilang.

lepastu sejak belakangan ni, aku ni tak reti malu pulak. asyik mintak berulang ulang kali hadiah dekat orang. padahal kau tak pernah bg org hadiah. urghhh screw myself.

aku taknak apa-apa tau.

aku taknak sambut birthday dekat pantai.
aku taknak ukulele
aku taknak baju ALAM
aku taknak alquran
taknak taknak. takpe, nnt aku beli sendiri. korg tayah susah2 fikirkan mana nak carik duit untuk belikan aku hadiah atau sambut birthday aku. hahahaha.

tapi sebenarnya, aku nak sambut dengan AiB. nak sambut dengan AiB yg penuh. complete. daripada haziq sampai ke budak2 ALAM sampailah ke kak fad dan kak mimi. aku nak semua ada. tapi mcm mustahil kan?

aku pun teringin nak sambut dengan family. dgn ibu ayah abg kak ca aqil ema. dengan atuk dan wan dekat umrah. dengan family dekat johor. tapi lg sekali, semua tu mustahil kan? hahahaha.

aku nak sambut dengan kembar-kembar aku. nada, eka, ena. tapi mustahil jugak kan. mcm mana nak kumpulkan keempat-empat org tu ? dan aku nak semua bebigels ada. semua. tahu. tu pun mustahil.

aku nak sambut dengan budak2 puteri sekolah aku dulu. masa aku form 5 apatah lagi. alahai rindunya sorg2. hahaha apa agaknya khabar dieorg. moga baik2 saja. moga sentiasa berada di bawah lindungan Allah.

entahlah. aku rasa aku dah besar sikit. sebab aku tak perlukan barang apa lagi. yg aku nak adalah keberadaan manusia2 yg aku nak di sekeliling aku. haihhh.

aku nak sambut dengan....hehehehe. dengan belon aaa. korg ingat dengan siapa? hahaha. belon helium. selalu berangan, masa birthday nnt, ada org bwkkan belon helium dari jauh. hahahahahaha. k over.

happy becoming birthday husna. i love you ;)


Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam