ketakutan apakah ini?

bismillah.

hahaha. dah tak tahu nak tulis mcmna. dah lama tak tulis. tadelah lama sgt. tapi kira lama jugaklah kan. haha. bukak facebook kejap tadi. macam2 ada. tapi kawan aku kan tak ramai sgt. gila sombong kan. so, tadelah cerita bnyk sgt.

yang tak boleh bla tgk gmba2 kelas. macam2. ermm. kami masuk degree 2 hari selepas final asasi. yeay! (rolled eyes). lepastu banyak pulak aktiviti pada akhir sem ni. saje je kan..nak bagi kteorg sedih2 nnt bila nak berpisah. haha.

walaupun sama kolej. but, it'll be not same. taknak ah cte pasal ni. nnt tak jadi iron lady. haha. sebab tulah setiap pertemuan ada perpisahan. cuba bayangkan kalau kita tak berpisah. mesti kita rasa mcm bosan. tak menghargai dan mcam2 lagi. everythings happen for a reason. ermm. chaiyokk chaiyokk everybody! chaiyokk chaiyokk AI (B)! haha. kdiam.

erm. takutlah. takut bila aku dah besar nanti, aku lupakan ibu ayah. lupakan family. motif nak lupakan? haha. tadelah. bukanlah maksud lupa ni lupa hilang ingatan. maksudnya, kalau mereka dah tua nnt, aku tak jaga ke. aku lepas tgn ke. takutlah terjadi mcm tu. sekarang kan, banyak dah terjadi. Ya Allah, kau jauhkanlah aku dari semua tu. aku takut dah besar nanti, aku tak hargai mereka. jangan pesongkan hati aku Ya Allah.

3 benda aku perkara yg aku cuak sangat3 nak hadapi dekat dunia ni. pertama exam. hahaha. semua org takut kan? haha. second, benda yg aku ckp kat atas ni. third future. haaa! gitu. hahaha. apa yg aku crita kat perenggan sbelum ni pun, sbenarnya termasuk dlm future tu. tp aku seperated kan. poyo. mcm nak buat karangan pulak. haha.

antara benda future yg aku takut...kerja. ermmm. risau sgt kalau tak dpt kerja. bila fikir balik, malasnya nak belajar. (tak baca lagi feqah ni. midterm lusa) tapi tiba2 dtg satu suara, nnt kau nak kerja apa? kau nak bg parents kau duit cemana? terus tersentap. memanglah belajar kerana Allah. memang memang. tapi, manusiaa..erm. lagipun duit sgt penting sekarang. eventhough money cant buy happiness. but it can buy car. house. food. books. erm. clothes. penting tau semua tu. kalau tak ada rumah, nak duduk mana? bahagia ke kalau duduk tepi2 jalan raya?

taklah ckp aku takut menjadi miskin. aku ni tadelah kaya mana. kadang2 kat kolej tu terdesak jugak memerlukan duit. bayar tu bayar ni. apa-apa pun semuanya berbalik pada Allah. Dia yg berikan kita rezeki. dan Dia tahu apa yg terbaik buat kita. doa jgn lupa ;)

perkara future yg aku takut selain tu, erm kehilangan. haaa. ni memang semua org akan takut. ke ada yg tak? OMJ. tabahnya diri anda. haha. aku takut, bila tiba masa 'kehilangan' tu nnt, aku jadi tak tentu arah. iman aku ni senipis kulit bawang hoiyt. mcm2 boleh jadi. takut kehilangan atuk,wan. sebab kami mmg rapat. takut kehilangan ibu,ayah. tak dpt bayangkan apa akan jadi. takut kehilangan tomak,mama. not now please. aku tak sempat lagi hidup dgn mereka. siblings. friends. ahh. takutnya.

kun fayakun. Allah akan tarik nyawa kita bila sampai masanya. entah2 aku pergi dulu. mana tahu. berdoalah semoga semuanya dipanjangkan umur dan sihat-sihat belaka :')

next. ermmm. kahwin! hahaha. kelakar kan aku takut kahwin. padehal semua suka. nyampah tau yg suka2 tu. hahaha. yela. kadang2 rasa lah jugak...'ee seronoknya kahwin'. hahaha. tp most of the time kalau ckp pasal benda ni, mesti aku takut. yela. takut nanti mak/ayah mertua tu sama tak dgn ibu/ayah. ipar duai semua tu boleh terima ke kita ni masuk family dieorg. paling ngeri, dengan lelaki tu sndiri. hahaha. yela. kita ni tak prnah2 duduk dgn lelaki lain, titibe bila kawin duduk serumah.eee..takut2. faham tak. org luar. starngers tiba2 jadi ahli keluarga kita. OMG. *jerit mcm dlm iklan zalora*

pastu nnt, kita dah ada dua keluarga. pastu cemana tu? eee..takut takut takut. pastu lagi bertambah ngeri, mcmna kalau keluarga lelaki tu tak makan pedas?! :O ahh tak boleh tak boleh.  takut takut takut. poyo kan ckp pasal kahwin padahal calon tak de lagi. biarlah. kita dah besar 19 tahun. kakak cuna hokayh kakak cuna. *flips hair*

ermm. rezeki, ajal maut, jodoh, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Allah tak akan ubah sesuatu tu kalau kita sendiri yg tak ubahnya. jadi. jgn takut. hahaha. still takut jugak. dekatkan diri dgn Allah. mantapkan iman yaa husna! hahaha.

bila kita dekat dgn Allah, barulah kita tak berasa terlalu terlalu terlalu sedih kalau ada kehilangan. setiap yg hidup pasti akan mati. akan kembali kpd penciptanya. kalau kita tak dpt kerja lagi, bru boleh ckp, tak ada rezeki disitu. mungkin rezeki di tempat lain. dan. tak takut utk melangkah ke alam baru. hahaha. sebab dlm diri kita, kita yakin Allah sentiasa disisi.

sekian, ceramah untuk diri sendiri malam ni. assalamualaikum warahmatullahi wabarokaaatuh!


nahh. amik gambar ni. tahu dah kteorg comel, tak tgk gmba yg lain lagi. *flip flip flip pintu kelas*

 
last but not least, jgn pendam perasaan. pendam perasaan sorg2 tu sakit. luahkan luahkan. hahaha. jadilah seperti saya. jangan lupa solat 5 waktu! aicehh :') macam pakar psikiatri pulak.


Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam