Sukan Sea KL2017 (Part 1)

Assalamualakum.

Nampak tak excited aku nak pergi sukan sea tu? hahahaha. Yela, tak sangka dapat jadi volunteer. Ni rahsia tau jgn bgtau org lain. Sebab masa latihan umum dekat UKM selama 2 hari tu, kteorg sempat daftar je. Tak spergi pun modul2 dia. Tapi tetiba kteorg (aku and hani) dapat email, pergi latihan khusus. ewah ewah. Takkan nak tolak pulak.

Masa latihan umum tu, kteorg tak pergi sebab tetiba ada mamat tu ws nak mintak tolong lah apa lah. Eh org kalau dah suka, semua benda dia buat. Org mcm aku lah. Terukkan? Padahal mamat tu mintak tlg sebagai kawan. ekekeke. Tapi last2 modul tak pergi, tolong mamat tu pun tak pergi. Sengal betul.

Ok, berkaitan dengan haji pula. Memang tarikh untuk Sukan Sea dan Haji ni dia clash. Kau kena pergi satu je. So, skrg ni aku tak dpt jwpn yg muktamad drpd Tabung Haji lagi. Tapi nampak mcm buyers kan kalau aku buat post Sukan Sea ni? Ibu dgn ayah pun dah mcm agak dah aku mcm tawar hati pergi Haji.  Takklaaaah. Takkanlah tak semangat nak pergi Haji. Haji kot. Bukan umrah. Nnt lpsni aku buat pasal Haji pulak eh. Mcm mana aku boleh dpt awal, and apa prosedur yg aku kne buat.

So entry sebelum part 2 nnt, akan ada lah entry keputusan, yg mana aku akan bgtau aku pergi mana. ewahhh. Korg nak tau ke? Takpe, syok sendiri acah2 retis ni seronok. Nantikann!! hahaha.

Ok berbalik kepada Sukan Sea aku. Disebabkan masa aku pergi haritu (10/6/2017) adalah latihan khusus, Jadi yg dtg tu semua bahagian Sekretariat. Aku dengan Hani selalu mcm tertnya-tnya apa bidang tugas kteorg ni mcm mana? Sebab maklumlah jarang pergi program.

Pagi tu, aku amik Hani dekat rumah dia, and kteorg terus shoot ke Stadium Bukit Jalil. Masa tu org dah berkumpul dlm kumpulan dah. Kteorg baru terhegeh hegeh daftar tukar baju and tangkap gambar. Then aku dengan Hani berpecah. Hani masuk kumpulan 1, aku masuk kumpulan 2. Tak kisah pun, sebab kteorg mmg aim nak carik kwn sebanyak mungkin. Postive gila kan kteorg. Rasa mcm dah besar sangat boleh pisah2 dengan kawan. Masa jalan otw nak ke kumpulan tu, Kteorg lalu kumpulan 1 dulu, Aku tgk takde yg hensem pun. eh kau..hahaha.

Yela, selain mencari kawan, aku pun nak cari 'kawan'. hahahaha. Pastu semua tua2. Oookaay. Pastu sampai lah ke group 2. Pun sama. Semua dah tua. Oh lupa nak cakap, aku perkenalkan diri sebagai Amirah yo. Pastu aku tak bg Hani pggl aku Cuna dekat itu. Dilarang ok. hahaha.

Tapi ramai cantik. Lepastu aku pun buat lah kawan. Biasalah org first time jumpa. Aku kan mcm tak peramah sangat. Ah redah je. Dieorg gelak, aku gelak. Dieorg tepuk, aku tepuk. Dieorg borak, aku sampuk. Tapi bila dieorg mcm buat muka tu, kita pandai2 lah tau, yg dieorg tak suka pun kita mencelah. So diam lah. Haa mcm tu lah cara aku buat kawan. Kita ikut je flow dieorg. Sebab dieorg ada yg dah kenal masa Latihan Umum tu.

Lepas kteorg dah buat WauCrying and segalah bentuk hakka, Kteorg pun mulakan explorace kteorg. Gila apa time puasa2 ni, kau menjerit-jerit plus berlari. Tak pernah dibuat aku. hahaha. Tapi aku mmg tak lembik kan..so, aku tak terganggu lah dek puasa. kahkah. Dieorg buat semua game ni sebab dieorg nak agihkan kumpulan kteorg ke bidang tugas masing2. So, kalau yg havoc2 mesti dia letak yg best2 punya tu. Jom tengok bidang tugas pulak.


Nampak tak? Kteorg ada 5 kumpulan. So ada 5 tugasan dekat situ. Kumpulan 1 (Hani) and kumpulan 3 dapat no 1 and 2. So dieorg akan sentiasa ada dekat bukit jalil. 

Aku punya kumpulan tak berapa havoc. Yela baru kenal kan. Malu2 lagi lah. So kteorg dapat yg no 4 punya. Iaitu mengiringi CDM meeting di Hotel Shang Ri La. Bosan betul. hahahaha. Tapi En. Muhammad kata, kalau kteorg dah habis kerja, nak pergi venue lain pun boleh jeeee. 

Ganjaran yg kteorg dapat? Selain baju dan seluar, kteorg pun dapat rm50 sehari...yeayyy! hahahaha. Sebab dieorg tak sediakan makan dan minum. So duit tu buatlah duit mkn dan minum. Zaman skrg kan semua dah mahal. Sebab tu duit makan dan minum sehari rm50. tepuk tepuk tangan. Lpeas habis kerja boleh pergi Pavillion. Tak pun boleh pergi KLCC. hehehe. 

Itulah saja cerita saya. Next cerita pasal Haji pulak k. So, tak nampak mcm buyers lah. ehehehehe. Saya ok je pergi mana2. Syukur Alahmdulillah. Mana yg terbaik. *smile*



ni kumpulan saya. 2ndTiger! 

Assalamualaikum!

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam