langkawi pun tak pernah

bismillah.

tengah buat apa tu kawan2? ihiks.

kita teringin lah pergi langkawi. kita tak pernah pergi. sekarang ni memanglah tgh cuti, tp takde geng nak pergi. kita teringin lah pergi tmpat mahsuri tu. ehhhh wait. mahsuri tu dekat langkawi kan? kan?

ahh tolong lah jgn ckp salah. jgn lah nampak sangat yg aku ni bimbo. oh oh oh pehlisss.

lepastu td ajak kawan2 pergi langkawi sempena dieorg cuti midsem seminggu ni. tp ramai yg tak boleh sebab yelah, seminggu je kan. lepastu masa tgh2 ajak tu aku terfikir, 'eh jap, aku ajak ni, aku ada ke duit?'

hahahahahahahha kelakar kan? ajak org tapi diri sendiri tak ada duit. kesedihan apakah ini? jadi aku pun buat keputusan untuk membatalkan segala ajakan tersebut.

tp ayat last aku, aku ckp "tp kalau kau on, aku akan usahakan carik duit" hahahahahaha ada hati lagi tu.

bukan lah aku takde duit means yg aku betul2 tak ada duit. ada tu ada. tapi yela, dengan keadaan sekarang, kita kena berjimat cermat. lagipun duit yg aku menabung rm5 untuk bulan ogos dengan september tu lepas je untuk pergi langkawi. (sebab dah tak jadi beli fon. thank you abang, i love you!)

tp selagi takde yg betul2 nak pergi, aku simpan lah duit tu. mana tahu nnt bila simpan laaaagi banyak, nnt boleh beli laaagi banyak coklat. kan? hahahaha. k aku mmg hantu coklat. tp certain coklat je. demand nyaa kauuu!

(tp betulkan mahsuri tu dekat langkawi? ke dekat pangkor? eh ape ke bengapnya geografi kau ni? :'))

eh tp betul lah. org ckp yg coklat tu menghilangkan stress. selama ni aku tak percaya. yela, bg aku makan je la apa2 je pun, nnt hilanglah stress kau tu. hahaha. tp haritu aku baru perasan, bila aku agak2 nak stress je, aku akan carik coklat. tak coklat cadbury, aiskrim cornetto coklat. itu jelah yg aku carik. hahahaha.

mcm kalau ada mlm2 yg lepas aku stalk crush, ex crush ataupun sesiapa je yg boleh mengecewakan aku, automatik nnt tiba2 aku mintak coklat cadbury dekat abel. padehal abel takde pun coklat cadbury tu. lepastu nnt aku merengek-rengek sampai lah hilang stress. cool kan? tp masa tu aku tak perasan.

contoh lain, masa tgh exam haritu. gigih k turun koop untuk beli coklat cadbury. sekali coklat cadbury tak ada. beli lah aiskrim cornetto coklat. dengan sejuk2 malam tu..gigih jugak lah mkn aiskrim. blerghh.

settle cerita pasal coklat. berbalik kepada duit tadi. haa lagipun duit2 tu aku nak simpan untuk bayar yuran sem depan. bukanlah selama ni aku tak menanbung. tapi selama ni duit aku dlm bank di paras oren nak ke hijau. tapi skrg dia paras oren nak ke kuning sikit lagi kalau tak berjimat akan jatuhlah ke paras merah. tapi insya Allah tak kot. iman, fighting! hahahahahaha

terfikir pasal yuran sebab.....EXAM HARITU AKU TAK PERFORM. uwaaaa nak nangis lah bila fikir pasal exam haritu. tp nak buat cane. dah mmg diri sendiri salah. tapi kan...ermm nnt lah cerita pasal exam. takde mood. hahahhaa. so, kalau tak perform makanya...... result pun haruslah tidak perform kan? so, kalau result tak bagus..makanyaaaa?? kenalah bayar penuh. dan sekarang saya tgh kumpul duit utk bayar yuran ler ni. hukhuk.

tapi tu lah aku ckp..salah sendiri kan. nak buat mcm mana. erm. tapi takpe, yg lepas biarkan lepas.

dan nak dijadikan cerita, cuti kali ni aku tak kerja. kerja haritu. sehari je lepastu aku berhenti di atas sebab2 tertentu. salah satunya, sebab tak ada org bg semangat. hahahahah k tak tu tipu. tu menggatal namanya. cerita pasal tadika pun, nnt saya cerita di post lain jugak ye.

tadika, exam..lagi apa lagi nak dipost kan? ohh ye cerita korea baru. she was pretty. tu pun nak cerita dekat blog jugak sebab ada sebab dia kenapa aku nak cerita dkt blog. hahahahaha.

so, apa cerita langkawi?

ermmm tak dapat pergi lagi lah jawabnyaa...semua org dah pergi langkawi..aku je belum. ermmmmm.......

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam