by hook or by crook.

bismillah.,

"selamat hari raya semuaa
maaf zahir dan batin.
saya tahu,dan anda tak perlu bagitahu..
bahawasanya..
saya banyak buat salah dan silap dengan awak semua.
saya terover marah..
termencarut..
tertouching..
malah jika saya tersedih dgn awak semua..
saya tahu dan awak semua tahu..saya tak boleh jd perfect girl..
yang happy sentiasa..
jadi,maafkan segala salah dan silap saya.
moga saya dapat memperbaiki diri saya..
yang selalu 'ter2' ni..
semoga raya tahun ini memberi penuh makna kpd awak semua.
memberi awak semua pegajaran dan juga keimanan yg berlipat ganda..
mohon latihan2 semasa Ramadhan tidak ternoktah pada bulan itu sahaja.
moga kita semua sentiasa istiqamah dalam mengejar ukhrawi.
salam aidilfitri drpd saya :)"


hai semuaaa! dah puas beraya belum? dah melantak nasi impit banyak2? lemang mcmne? jadi tak? kuah kacang? rendang? gulai? kuih raya? dah habis? amboiii..melantak kan korg..haha jaga perut hokey..jangan nnt beraya rumah org asik carik tandas je. malu ah.

selalu tiap tahun,ada je org cakap.."tade mood beraya tahun ni" atau "tak terasa nak beraya lah tahun ni" atau "raya tahun ni bosan" atau "hambarnya raya tahun ni" atau "tak rasa suasana hari raya pun"

bagi saya,semua tu tak boleh diguna pakaikan. macam saya, by hook or by crook, saya mesti akan jadikan aidilfitri tu bulan yg seronok bagi saya. walaupun kadang2 ada terselit dalam hati tak puas hati tu tak puas hati ni..tapi seboleh mungkin, saya akan jadikan ianya bulan yang memberi penuh makna kpd saya.

saya akan tolong dekat dapur. walaupun pada hakikatnyaaaa..pada hakikatnyaaaa..saya seorang yang pemalas. ouh my..saya malas basuh pinggan.saya malas hidang2 lauk. Ya Allah..tahu jelah kan perangai saya mcmne. LikeAPrincess y'knoww..haha tapi bile ada dekat kampung,seboleh-bolehnya saya tolong apa yg saya boleh. kalau masak tu idok lerr. kang hangus kang,payaahh.HAHA

saya takkan berkurung dalam rumah. apa makna raya kalau kita asik duduk dalam rumah. saya akan main dengan adik2 sedara. saya akan join mereka. walaupun mereka tu main kejar2 je pun. rasa mcm..seronoknyaaaa! alhamdulillah,saya tak terikat dgn fon lg lah. tipuuuuuu! haha. dah besar kot. fon tu penting. haha bbm, wssap..semua tu penting. haha *makna tersirat?* saya akan bawa fon tu kemana-mana. sambil main kejar2 pun boleh main fon ape. HAHA
 tapi, kadang2 saya tak pandang pun fon tu. alaah bila lagi nak rasa main dgn budak2.

saya akan buat semua aktiviti! saya akan pergi tgk pkcik2 saya tgkp ikan. atau akan kutip buah rambutan atau apa2 jelah. yg sesuai dgn musim tersebut.buah rambutan atuk kiteww dh sampai ke tanah..! tayah guna galah daah! haha bila org dtg..saya akan uruskan. sebab saya sukaa. HAHA dapat cuci2 mata. kekeke kalau budak2 dtg saya layan kan. kalau masa tu saya tak buat krja lain lah. kampung kan..budak2 suka b'jalan-jalan. dpt duit raya 50 sen pun,dieorg dah suka. iLike!

tidur pulak. saya lebih suka lepak dgn sepupu2 kalau dekat kampung. lagi pula,saya ni tak ramai adik2 beradik dekat KL ni. bila balik kampung,rasa seronok. ramai budak2 baya kita..ada abg2 kakak2 ada adik2. saya suka ;) jd bila malam,kami akan tidur ramai2. kalau dulu masa kecik2,boleh lah tidur laki perempuan ye dokk. sekarang ni semua tahu hukum. mereka pun hormat saya. *aku pun tak tahuu kenapaaa?* HAHA

saya lebih suka balik awal sebelum raya. baru rasa nak beraya tu. kalau balik kampung pagi raya..mcm..ermm mcm..membazir masa atas jalan. tak suka. tapi kalau dah macam tu perancangannya nak buat mcmne. saya ikut saja. :( HAHA motif muka sedih? dapat bukak puasa last ramadhan. dapat tgk dia umumkan raya. dapat jerit ramai2 dgn sepupu. and aku lah ketua sorak dia. HAHA dapat bersiap sama2 pagi syawal. dapat prgi sama2 masjid. dapat ckp dekat org2 kampung,kami cucu Abu. dapat lawan melaram dgn cucu org lain. dapat main lawan2 mercun dgn rumah2 org lain. ahhh seronoknyaa!

seronok sebenarnya raya ni. apa yg saya cerita ni..semua pasal saya. mungkin ada yg tak ada kampung,boleh guna cara lain utk menjadikan aidilfitri awak semua seronok. tak susah pun. ikhlaskan hati..tenangkan fikiran. lupakan kerja..lupakan sekolah..lupakan assignments. ambil masa 3 hari utk menghayati raya tu. ziarah keluarga. jangan t'perap je. memang bosanlah. jangan tak suka beraya pulak. nnt rezeki susah dpt nnt. jgn lah sikit2 ckp bosan..sikit ckp bosan. come on. bilanya kita tak bosan? *org tak ckp sape2 eh..HAHA*

utk penggemar2 television pulak. janganlah tahu asik nak komen je cerita itulah cerita inilah. yg awak tu dok ngadap tv ngape? kalau selalu letak filem sedih,tak puas hati. kalau selalu letak filem seram tak puas hati. habis tu nak buat cemana? sume tak puas hati. kadang2 saya pun tak fahaam. kalau mcm keluarga saya,malam2 kami tak tgk tv sangat. budak2 baya saya je berjaga. makcik2 pkcik2 and anak2 kcik msuk tdur dah. penat beraya kan. kami tgk je apa yg t'tayang dekat tv tu. hindustan pun layan. org putih pun layan. cte hantu cte lawak cte sedih..semua kami layan. lagi2 kalau ada mknn atas meja. itu lagi heaven!

jadi saya nasihatkan..agar semua org, hargai aidilfitri awak. mungkin ini aidilfitri terakhir bersama dgn org yg awak sayang. mana tahu. jangan lupa praktikkan apa yg telah diajar masa Ramadhan. jangan biarkan ia berlalu pergi. hargainya :)


bosan pulak tde gambar.


sebelum korg pilih biar aku ckp, kakak2 sdra aku tu smua dah b'punya.



jadikan setiap tahun,tahun yang bermakna buat anda semua. tingkatkan keimanan dari tahun ke tahun.
assalamualaikum ;D


Comments

Popular posts from this blog

monyet monyet dan monyet!

gewam