hanya kerana cekodok.

bismillah.

lagi berapa hari eh nak puasa? 12? 11? ha lebih kurang lah kan, dan husna masih lagi tidak membuat latihan puasa. feh feh feh. hebat nampak?

dah berbulan-bulan tak puasa, takkan tiba-tiba kau nak terus puasa wajib di bulan ramadhan kan? mestilah ada latihan sebelum itu. dan perangai aku pulak, aku memang suka ganti puasa awal-awal. sebab aku ni mudah terlupa. nak ckp makan semut banyak sangat, takdelah pulak. 

masa bulan syawal tu pun aku boleh ragu-ragu lagi aku ni tak puasa haritu berapa hari. gituuu. so untuk mengelakkan kejadian seperti itu berlaku, aku pun tulis dekat sticky note aku berapa hari aku tak puasa. masalah kedua pulak dtg. sticky note aku selalu hilang. mungkin pelekat dia tak kuat? atau maybe masa tengah kemas-kemas aku terbuang. atau memang aku nak buang sebab aku boleh yakin dengan kemampuan ingatan aku? 

jadi untuk mengelakkan masalah kedua ini memeningkan kepala aku, aku pun ganti lah awal-awal. dan nasib baik aku dikurniakan kawan baik yang memang rajin berpuasa. siapa lagi kalau bukan khaleeda. dia kalau dah habis ganti puasa pun rajin buat puasa sunat. aku ni? setakat gigih menggantikan puasa tu je la. sebab tu dah lama tak puasa. hahaha. 

aku rasa lepas syawal tahun lepas, aku tak puasa sunat langsung. perangaiii.....

jadi, nak dijadikan cerita, aku ingat minggu ni (minggu kedua terakhir sebelum bulan puasa) aku nak puasa. jadilah kalau dapat dua hari pun. asalkan perut aku tak terkejut nanti. tggu hari isnin. tak jadi sebab nak kemas rumah.(padahal ibu dah siap kemas dah malam tu). nnt dahaga lah apa lah itulah. dah lah masa jumaat tu ngidam sushi tak dapat. so postponed lah ke selasa. 

nak puasa selasa tak jadi sebab ckp dalam hati, nnt nak puasa rabu dengan khamis terus lah. takyah selang seli. padahal alasan. pfft. postponed lagi ke rabu. 

ok. hari rabu ni nak tekad puasa ni. walaupun tak bangun sahur. aci redah lah. bila lagi nak latih perut. aku pun bangun lah pagi rabu tu dengan tak sahurnya. haihh. tengah- siapkan abang dengan bangah mandi, tetiba ibu naik atas cakap cekodok pisang dia hangus. TERUS BUAT KEPUTUSAN HARINI TAK PUASA. 

teruk k perangai. walaupun sebelum tdo kau masih ragu-ragu nak puasa atau tak sebab kau dah tau nak breakfast apa (roti cicah ikan bilis petai ibu yg pedas gila) dan pagi tu kau gagahkan diri melupakan breakfast terhebat kau di alam semesta, tapi bila ibu sebut je cekodok, terus tak jadi puasa k. 

teruk ok. 

walaupun cekodok pisang tu hangus, tapi aku tetap dengan keputusan aku untuk tidak puasa kerana bila aku turun je ke dapur tanpa ragu dan pilu lagi aku terus capai cekodok yang hangus tu masuk mulut. 

perangai....

dah tu bila nak berlatih puasa ni?.  #Pray4Cuna 

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam