10 am

Bismillah.

Guess what ?

I woke up at 10 am this morning ! 10 am ! 10 am. K stop it. Apa jadah entah bangun lelambat gitu. Tak tunjukkan ciri2 anak dara solehah betul. Hahahahaha. Itupun bangun sbb ibu kejut. Kalau tak..hurmm.

Nak ckp penat tarawih...pembongak gila. Buat 8 je. Nak ckp bangun tahajud. Ha.ha.ha. bangun dlm mimpi. Tp tak tau lah kenapa pg td bangun pukul 10. Bila tanya ibu kenapa tak kejut awal, ibu punya jawapan...

"Takpelah. rehat. Bukannya ada kelas pun harini"

Ibu ??? Selalu ibu bebel dah kalau bangun lambat2 ni. Eyy pelik pulak aku. Hahahahahhaa. Nasib baik tak bad mood. Mulanya bila ibu kejut and ckp dah pukul 10 tu, nak bad mood la jugak. Tp sabarkan hati. Pujuk hati ckp "takpe...sekali sekala..esok jgn bangun lambat lagi eh".

Terus tak bad mood dah. Heh.
....................................................................................


Ptg tu teman ibu amik baju and spect mata dia. Masa dlm kereta nampak lah bangunan2 yg baru nak dibina. Kawasan perumahan like condominiuM mewah merata rata. Tak siap pun lagi tp dah sold out. Bila tgk harga....hamboi tanjat ittew. Rumah2 tu semua bermula daripa rm700,000 and above.

*mata kerching kerching*

Lepastu berborak dgn ibu..

"Bu..bila adik dah kerja nnt, adik nak tggl dgn ibu eh. Rumah mahal lah skrg. Ni baru skrg, belum sampai zaman adik lg"

"Bolehhh. Duduk lah lama mana adik nak"

"Kalau dah kawen pun nak jgak duduk dgn ibu"

"Duduklah dik. Ibu duduk berdua dgn ayah pun bosan jugak. Rumah tu ibu bg adik. Kiranya ibu lah yg tumpang adik"

"Ada pulak mcm tu. Adik yg tumpang ibu. Mana ada istilah parents tumpang anak"

And the rest is history.

Tp mmg aku dah bgtau semua org pun dan mmg semua org (kwn2) dah maklum yg bila aku kawen nnt, aku still nak duduk dgn parents.

Tak kisahlah lah parents dia..ataupun parents aku. Yg pntg duduk dgn parents. Bukan masalah duit sebenarnya. bukan masalah tak ada duit nak beli rumah or what so ever. As a couple yg dah berkahwin, teringin lah jugak ada rumah sendiri. But bg aku..duduk dgn parents lg best. Kan ?

Aku rasa serba salah bila nak pindah rumah. Because they took care of us since baby..tiba2 bila kita kawen..kita kena duduk asing. Aaaaa. Tak sampai hatinya. Lain lah kalau rumah tu kecik atau ada sebab2 yg memungkinkan parents tu sendiri suruh kita duduk rumah sendiri. But utk masa skrg ni, kalau tanya aku..mmg aku nak duduk dgn parents. Haha.

Bukan tak boleh berdikari dkt rumah parents..boleh je. lagi2 aku. Kalau nak blaja masak pun sng. Yelah ada ibu and mak mertua. Boleh ajarkan. Kan ?

Selain tu, kita secara tak langsung boleh jaga parents kita tu. Sakit badan dia..kita tahu. Makan pakai dia kita sedar. Keadaan mereka. Kondisi kesihatan. barang2 dapur. Kalau duduk asing2..kita tak dpt get along dgn mereka. Lagi2 aku ni. Yg mmg perlukan masa utk rapat. Kalau setakat dua mggu sekali jumpa..mana nak tahu birthday dieorg bila...urm.

Dan drpd dulu lg..aku ckp yg aku teringin nak kawen dgn org yg abang2. I mean ada adik2. Tp kalau takde jodoh dgn org yg ada adik pun tak kisah. Hahahaha. I redha. Hahaha. Sebab kalau ada adik2..mcm meriah je. Kena pggl kak cuna ke kak husna eh ? Mak mertua nak pggl apa? Takkan cuna..ermm husna? Ke mira ? Eh..lantak. hahahahhahaha.

Aku bukan taknak hidup susah dgn menetap bersama ibu bapa. Tapi aku cuma tak sampai hati nak keluar drpd rumah. Dan aku tak sampai hati nak ajak husband aku keluar drpd rumah dia jugak.

Maybe buat masa skrg, aku ckp mcm ni. Mana tahu bila dah kawen nnt, lain pulak jadinya. Yelaa...kita ni pandai ckp je. Buat nya tidak. Kita berharap apa yg jd pd masa akan dtg, kita tetap akan utamakan parents kami. Jgn selfish.

Sambung cerita dlm kereta td. Bila ibu dah ckp mcm tu...(nak bg rumah dkt aku tu)..tiba2 aku termenung kat tgkp..

'Siapa nak kawen dgn aku punnn...hmm' hahahahahhaahahhaa dia mcm automatik. Bila tersedar, aku tergelak. Lek ah cusna..baru 21. Tayah lah risau. in sya Allah, nnt bila kau dah sedia..dtglah jodoh kau.

The end.

Comments

Popular posts from this blog

by hook or by crook.

monyet monyet dan monyet!

gewam